Bursa Malaysia

top_rightads

Saturday, April 16, 2011

Apakah Itu Aset?

Aset boleh ditakrifkan sebagai setiap item nilai ekonomi yang dimiliki oleh seorang individu atau korporat, khususnya yang boleh ditukar menjadi tunai. Contoh yang boleh dikaitkan di sini seperti tunai, surat atau sekuriti boleh niaga, penghutang, stok atau inventori, peralatan pejabat, hartanah, kenderaan, dan harta yang lain.

Dari segi persamaan perakaunan , aset adalah sama dengan modal(terdiri daripada saham), digabungkan dengan tanggungan/liabiliti/hutang dan keuntungan.Dengan kata lain : Aset = Modal + Liabiliti + Untung. Aset boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu aset ketara dan aset tak ketara.

Aset Ketara

Aset ketara, ialah aset yang boleh nampak dengan mata kasar dan mempunyai nilai yang jelas. Ianya dapat dibahagikan kepada 2 jenis iaitu aset semasa dan aset tetap.

Aset semasa ialah aset yang mempunyai jangka hayat yang pendek iaitu kurang daripada 1 tempoh perakaunan( 1 tahun). Antara contoh aset ini ialah seperti wang tunai, penghutang, inventori dan sebagainya.

Aset Tetap pula ialah set yang mempunyai jangka hayat yang melebihi daripada satu tempoh perakaunan. Antara contoh aset-aset yang jatuh dalam kategori ini ialah bangunan, mesin, loji dan sebagainya.

Aset Tak Ketara

 Aset tak ketara ialah aset yang tidak boleh nampak secara jelas dan mempunyai penilaian yang agak subjektif. Ianya dapat diilustrasikan  contoh seperti tanda dagangan, paten, hak cipta , nama baik dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...