Bursa Malaysia

top_rightads

Wednesday, October 31, 2012

Pelaburan Genneva Malaysia Cecah RM10 Bilion

16 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 31 Oktober 2012- Seramai 35,000 pelabur dengan jumlah pelaburan mencecah RM10 bilion, dikesan terlibat dalam syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd (Genneva Malaysia), Dewan Rakyat diberitahu pada Rabu.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata menurut maklumat yang diterima, jumlah pelaburan yang diterima ketika ini sebanyak RM4 bilion, dan boleh mencecah RM10 bilion.

Beliau berkata Bank Negara Malaysia (BNM) memerlukan masa untuk menyiasat perkara ini berdasarkan dua pertimbangan yang difikirkan perlu bagi menyelesaikan masalah skim tersebut.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Public Mutual Isytihar Agihan Pendapatan

16 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 31 Oktober 2012- Anak syarikat Public Bank Bhd, Public Mutual mengisytiharkan pengagihan bagi lapan daripada dananya bagi tahun kewangan berakhir 31 Oktober, 2012.

Public Mutual mengisytiharkan pengagihan 1.50 sen setiap satu bagi Public Equity Fund, Public Sector Select Fund dan PB Australia Dynamic Balanced Fund, manakala Public Asia Ittikal Fund ialah 1.0 sen.

Ia turut mengisytiharkan 6.0 sen bagi Public Islamic Bond Fund, 5.0 sen bagi Public Industry Fund dan 0.50 sen masing-masing bagi Public South-East Asia Select Fund dan PB Asia Real Estate Income Fund.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Sejuta Guna Kad Debit Bank Islam

16 Zulhijjah 1433


KOTA BAHARU, 31 Oktober 2012- Sejak diperkenalkan setahun yang lalu, kini, sejuta pengguna telah menggunakan kad debit Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), iaitu melebihi sasarannya seramai 800,000 orang.

Pengarah Urusan BIMB Datuk Seri Zukri Samat berkata pihaknya yakin jumlah itu akan terus berkembang dengan pembukaan empat cawangan bank itu sehingga penghujung tahun ini.

Maklumat lanjut: BERNAMA


Untung TNB Melonjak

16 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 31 Oktober 2012- Tenaga Nasional Bhd mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM5.537 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2012 dan ini merupakan lonjakan besar daripada keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.156 bilion yang dicatatkan bagi tahun sebelumnya.

Pendapatan syarikat utiliti itu meningkat kepada RM35.848 bilion daripada RM32.241 bilion.

Maklumat lanjut: BERNAMA


Pengunjung Legoland Malaysia 'Lebihi Jangkaan'

16 Zulhijjah 1433


JOHOR BAHARU, 31 Oktober 2012- Legoland Malaysia terbukti merupakan satu kejayaan yang amat besar dengan keupayaan menarik 250,000 pengunjung sejak pembukaannya pada 15 September lalu.

 Ketua Pegawai Eksekutif IDR Resorts Sdn Bhd, Muhammad Zainal Ashikin Muhammad Rejab, memberitahu Bernama bahawa bilangan pengunjung telah "melebihi jangkaan".

 Beliau berkata walaupun sambutannya amat baik, namun syarikat itu tetap mengekalkan sasarannya untuk menarik sejuta pelawat ke taman tema berharga RM750 juta itu dalam tahun pertamanya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

ASDI Umum Agihan Pendapatan 3.0 Sen Seunit

16 Zulhijjah 1433


KUALA TERENGGANU, 31 Oktober 2012- Tabung Amanah Saham Darul Iman (ASDI) akan mengagihkan pendapatan 3.0 sen seunit bagi tahun kewangan yang berakhir hari ini kepada 24,250 pelabur tabung unit amanah itu, bermula Khamis.

 Pengagihan bersih seunit itu melibatkan dana berjumlah RM12.68 juta bakal dilaksanakan dalam bentuk 2.0 sen secara tunai dan 1.0 sen secara bonus seunit.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Raih RM 1 Juta Jual Lembu

16 Zulhijjah 1433


DUNGUN, 31 Oktober 2012- Pengurusan kandang yang cekap serta lembu yang berkualiti dan gemuk adalah antara faktor sebuah syarikat penternakan lembu terbesar di Terengganu menjadi pilihan orang ramai untuk mendapatkan haiwan itu bagi dijadikan haiwan korban sempena perayaan Aidiladha baru-baru ini.

Kembar Teguh Sdn Bhd, yang fokus menternak haiwan bagi perayaan Aidiladha, mula beroperasi sejak 13 tahun lepas, kini berupaya mencatat jualan RM1 juta setiap kali perayaan itu.

Syarikat itu menjual 400 ekor lembu untuk dijadikan haiwan korban pada perayaan baru-baru ini.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Skim Persaraan Swasta Wujudkan Peluang Pekerjaan Baharu

16 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 31 Oktober 2012- Manulife Asset Management Services Bhd menjangkakan pelancaran Skim persaraan Swasta untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan akan memberi manfaat kepada Malaysia melalui pemindahan kemahiran dan teknologi yang diperlukan untuk memulakan industri perancangan persaraan swasta.

Landskap persaraan swasta baharu itu dijangka mencipta penambahan 2,200 pekerjaan baharu dan menjana pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK)sebanyak RM2.1 bilion dalam sektor perkhidmatan kewangan.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Malaysia Yakin Kerjasama Rapat Dengan Thailand Lonjak Industri Halal

16 Zulhijjah 1433


HATYAI (Thailand), 31 Oktober 2012- Malaysia yakin kerjasama rapatnya dengan Thailand akan membantu melonjakkan pembangunan dan pergerakan produk halal kedua-dua negara, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed Rabu.

Menurutnya Malaysia mempunyai cita-cita tinggi untuk terus menerajui industri halal serta pengeksportannya dan yakin kerjasama itu meletakkan negara pada kedudukan terbaik.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Apa Itu Rakuten?

16 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 31 Oktober 2012- Rakuten Inc., syarikat e-dagang terkemuka Jepun, hari ini mengumumkan pasar rata Internet Malaysianya, Rakuten Online Shopping, akan dilancarkan esok.

Menerusi lebih 11,000 barangan peruncit terkemuka tempatan yang ditawarkan pada hari pelancaran, khidmat itu menyediakan pengalaman baharu membeli-belah dalam talian kepada pengguna Malaysia.

Rakuten Online Shopping mengambil beberapa peruncit terkemuka Malaysia untuk menawarkan pelbagai kategori produk, termasuk elektronik pengguna, komputer dan teknologi maklumat, penjagaan kesihatan, pakaian, barang kemas dan aksesori.

Maklumat lanjut: BERNAMA

"Pegang" Saham TM

16 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 31 Oktober 2012 - Hong Leong Investment Bank mengekalkan saranan "pegang" bagi TM Bhd dengan harga sasaran tidak berubah pada RM5.94.

Firma penyelidikan itu dalam satu nota penyelidikan berkata saham TM dijangka terus menarik pelabur disebabkan ciri-ciri defensifnya dan hasil baik di tengah-tengah keadaan tidak menentu dalam pasaran ekuiti global.

"TM mungkin mencatatkan peningkatan pendapatan, terutamanya daripada jalur lebar kelajuan tingginya, penyumberan luar proses ICT perniagaan dan potensi pengurusan tunai selanjutnya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

KWSP Tarik Balik Penggantungan Perkhidmatan Public Mutual Sebagai Pengurus Dana

15 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 30 Oktober 2012- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menarik balik penggantungan perkhidmatan Public Mutual Bhd sebagai satu Institusi Pengurusan Dana (IPD) mulai Selasa.

Dalam satu kenyataan, Public Mutual berkata ini berikutan penjelasannya bahawa pelanggaran peraturan telah dibuat oleh seorang perunding saham amanah (UTC) yang tidak mematuhi peringatan ketat syarikat itu mengenai peraturan KWSP.

"Dengan penarikan balik penggantungan oleh KWSP itu, Public Mutual terus menjadi satu IPD di bawah Pengeluaran Pelaburan Simpanan ahli KWSP," katanya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Aset-Aset Komersil PKNS Akan Dipindah Milik

15 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 30 Oktober 2012- Aset-aset komersil Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), akan dipindah milik kepada anak syarikat milik penuhnya, Private Real Estate Company (PREC), bagi meningkatkan lagi tahap kecekapan pengurusan aset supaya lebih berkesan.

Wisma"Confident"
PKNS dalam kenyataan Selasa menyatakan aset-aset komersil itu ialah Kompleks PKNS, Shah Alam; Kompleks PKNS, Bangi; SACC Mall, Shah Alam; Wisma Yakin, Kuala Lumpur dan Menara PKNS, Petaling Jaya.

"Salah satu inisiatif korporat yang dilaksanakan oleh PKNS ialah menerusi pelaburan dan pengurusan hartanah secara lebih efektif dan efisyen.

"Sejak tahun 2008, sebanyak 82 peratus daripada para peniaga yang menyewa ruang niaga di aset-aset milik PKNS terdiri daripada usahawan Melayu dan Bumiputera," kata PKNS.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Nafas Bercadang Tubuhkan Bank Peladang

15 Zulhijjah 1433


KUALA TERENGGANU, 30 Oktober 2012- Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), sebuah agensi awam yang diperbadankan, akan mewujudkan Bank Peladang bagi membantu ahlinya, para peladang di negara ini, menjelang 2020.

Pengurus Dana Peladang Kebangsaan, Nazwan Fauzan berkata pihaknya sekarang sedang mengembleng tenaga untuk mengumpul dana sekurang-kurangnya RM100 juta daripada ahli-ahlinya untuk tujuan itu pada tahun ini.

"Insya Allah, kalau semua ahli peladang yang ada di negara ini seramai kira-kira 801,132 orang membayar minimum RM10 seorang sebulan, matlamat tersebut pasti akan tercapai," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penerangan Dana Peladang Kebangsaan (DPK) kepada jemaah dan pemimpin peladang Terengganu anjuran Nafas di sini Selasa.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Bank Negara Percepatkan Siasatan Ke Atas Genneva Malaysia

15 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 30 Oktober 2012- Bank Negara Malaysia akan mempercepatkan siasatan ke atas syarikat urus niaga emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd, dalam usaha menyelesaikan segera perkara itu.

"Kami mempercepatkan kesemua siasatan agar kami dalam menyelesaikannya dengan segera.

"Kami tahu yang ramai penyimpan dan pelabur mahu tahu kesudahannya, jadi, kami akan mempercepatkannya sebaik mungkin," kata gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz kepada pemberita di luar majlis Kongres Insurans Asia Timur ke-26 di sini.

Pada 1 Okt, pasukan polis, Bank Negara dan Suruhanjaya Syarikat-syarikat Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah membuat serbuan ke atas Genneva dan sekutunya di dalam negara kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan.

Tiga syarikat lain, Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd, turut diserbu.

Maklumat lanjut:BERNAMA

Sektor Insurans Bergerak Lebih Ke Arah Mekanisme Harga Berasaskan Pasaran

15 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 30 Oktober 2012- Pembaharuan berstruktur atau terancang telah menyaksikan industri insurans beralih lebih kepada mekanisme penetapan harga berasaskan pasaran dalam segmen-segmen pasaran utama, kecekapan yang lebih baik dalam ekosistem insurans dan seterusnya mengukuhkan rangka kerja untuk perlindungan pengguna.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata di Malaysia, industri insurans, termasuk sektor takaful, juga telah berkembang dengan signifikan dalam tempoh ini, dari segi pertumbuhan dan pembangunan.

"Dalam dekad kebelakangan ini, kadar penembusan, seperti yang diukur oleh jumlah polisi hayat berbanding jumlah populasi, telah meningkat dengan ketara kepada 55 peratus, daripada 31 peratus pada tahun 2000," kata beliau dalam ucapannya di perasmian Kongres Insurans Asia Timur yang ke-26 di sini .

Maklumat lanjut:BERNAMA

Tuesday, October 30, 2012

Terengganu Eksport Telefon Pintar Ke Amerika Syarikat ?

14 Zulhijjah 1433

KUALA TERENGGANU, 30 Oktober 2012- Top IT Industries Sdn Bhd, anak syarikat kerajaan negeri Terengganu yang terlibat dengan perniagaan teknologi komunikasi, akan mengeksport 100,000 unit telefon pintar, Magic W3, ke pasaran Amerika Syarikat (AS) mulai bulan depan.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata telefon pintar itu adalah antara gajet tercanggih dan turut dilengkapi komputer dengan perisian Windows 7 dan dilengkapi dengan pelbagai akses, setanding telefon pintar keluaran syarikat telekomunikasi gergasi yang lain.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Bandar Hello Kitty Puteri Harbour Dibuka

14 Zulhijjah 1433

JOHOR BAHARU, 30 Oktober 2012- Puteri Harbour Family Theme Park di Nusajaya berharga RM10 juta, yang meliputi Sanrio Hello Kitty Town yang pertama di luar Jepun, membuka pintunya kepada pengunjung.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Themed Attractions and Resorts Sdn Bhd (TAR) Tunku Datuk Ahmad Burhanuddin, berkata lebih daripada 2,500 orang sudah mengunjungi taman tema itu sejak pembukaan awalnya hujung minggu lepas.

"Bagi tahun pertama operasi, kami menjangkakan setengah juta pelawat mengunjungi taman tema itu," katanya kepada pemberita selepas lawatan media ke taman tema itu Selasa.

TAR katanya bangga dan gembira membuka dua lagi tarikan di Puteri Harbour, Sanrio Hello Kittty Town dan The Little Big Club, yang memberikan lebih banyak sebab untuk orang ramai mengisi masa berkualiti di Nusajaya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Public Mutual Digantung Dari Urus Dana Pencarum KWSP

14 Zulhijjah 1433

KUALA LUMPUR, 30 Oktober 2012- Perkhidmatan Public Mutual Bhd sebagai Institusi Pengurusan Dana (IPD) digantung di bawah Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa mulai 29 Okt, 2012.

"Sehubungan dengan penggantungan tersebut, Public Mutual Bhd (Kod IPD 03) adalah tidak dibenarkan membuka akaun untuk ahli KWSP dan/atau menerima sebarang pemindahan simpanan ahli dari KWSP mulai dari 29 Okt, 2012," demikian menurut makluman yang dipaparkan di laman sesawang agensi itu mulai semalam.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Virgin Australia Ambil Alih Kepentingan Dalam Tiger Airways

14 Zulhijjah 1433

MELBOURNE, 30 Oktober 2012 - Virgin Australia telah membeli kepentingan 60 peratus di dalam syarikat penerbangan kos rendah Tiger Airways Australia pada harga A$35 juta.

Urus niaga itu akan membolehkan Tiger mengembangkan kapasitinya di Australia dan membuat tawaran lebih menarik kepada para pelanggannya, kata Tiger dalam satu kenyataan.

Tiger dan Virgin berkata kedua-dua syarikat itu akan membelanjakan sehingga A$62.5 juta bagi Tiger Australia meningkatkan jumlah pesawatnya dari 11 sekarang ini kepada 35 menjelang 2018.

Tiger akan terus menggunakan jenama Tiger bagi sekurang-kurangnya selama 20 tahun lagi.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Maxis Sasar Satu Juta Pelanggan Internet

14 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 29 Oktober 2012- Maxis Bhd, penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu, mengunjurkan pelanggan Internetnya akan meningkat daripada 700,000 kepada satu juta dalam tempoh setahun, kata Ketua Operasi Bersama Mark Dioguardi.

Beliau berkata Maxis melabur RM900 juta untuk perbelanjaan modal tahun lepas berbanding kira-kira RM1 bilion pada 2011.

"Maxis, yang mempunyai 2,300 kawasan khas Maxis WiFi di seluruh negara, merancang meningkatkan angka itu kepada lebih 8,000 pada awal 2013," katanya selepas majlis taklimat mengenai pakej baharu jalur lebar dan Internet tanpa wayar kediaman Maxis.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Pasaran Bon Malaysia Cemerlang

14 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 29 Oktober 2012- Pasaran bon Malaysia mencatatkan tahun cemerlang untuk terbitan bon, dengan dana yang dikumpulkan berjumlah RM100 bilion sehingga akhir September, melepasi terbitan rekod tahun 2011 sejumlah RM70 bilion.

Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC) Datuk Ranjit Ajit Singh berkata Isnin, terbitan sukuk PLUS Bhd bernilai RM30 bilion, pada permulaan tahun, menandakan kejayaan signifikan kerana ia mewakili satu-satunya terbitan sukuk terbesar dunia.

"Setakat akhir September 2012, jumlah bon belum jelas hampir kepada RM980 bilion berbanding RM841 bilion, pada akhir tahun lepas, sekali gus mencerminkan pertumbuhan yang berterusan untuk pasaran bon.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Koperasi Tentera Bakal Buka Cawangan Ar-Rahnu Ke-3

14 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 29 Oktober 2012- Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Bhd akan membuka cawangan Ar-Rahnu baharu di Kluang Johor, pada 6 Nov 2012.

Cawangan yang terletak di 45, Jalan Rambutan, merupakan cawangan ketiga selepas Sungai Besi dan Sungai Udang Koperasi Tentera.

"Bagi Koperasi Tentera, pelaburan dalam perkhidmatan pajak gadai Islam dilihat amat memberangsangkan memandangkan pengguna kini menjadikan emas sebagai aset pelaburan.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Monday, October 29, 2012

Redtone Catat Untung Bersih RM2 Juta

14 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 29 Oktober 2012- Keuntungan bersih REDtone International Bhd bagi tempoh suku pertama berakhir 31 Ogos, 2012, meningkat kepada RM2 juta berbanding kerugian bersih sebanyak RM870,000 pada suku yang sama tahun lepas.

Perolehan meningkat 24.2 peratus kepada RM30.67 juta berbanding RM24.7 juta sebelumnya, kata REDtone dalam kenyataan Isnin.

Syarikat itu berkata ia menjangkakan momentum keuntungan dan perolehan akan mengukuh dalam suku berikutnya berdasarkan lebih banyak projek data dan perkongsian dan infrastruktur selain hubungannya dengan Maxis.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Bank Rakyat Untung Besar

14 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 29 Oktober 2012- Bank Rakyat mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat yang membanggakan bagi sembilan bulan pertama berakhir 30 September 2012, sebanyak RM1.62 bilion iaitu peningkatan sebanyak 8.1 peratus atau RM121.8 juta berbanding RM1.50 bilion pada tempoh yang sama tahun lepas.

"Prestasi baik ini secara keseluruhannya dicapai berikutan peningkatan pendapatan aktiviti pembiayaan dan pelaburan, selari dengan pertumbuhan pembiayaan dan deposit," kata bank itu dalam satu kenyataan di sini Isnin.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Sunday, October 28, 2012

Sabah Bakal Jadi Kuasa Ekonomi Malaysia

13 Zulhijjah 1433


KOTA KINABALU, 28 Oktober 2012- Sabah berpotensi menjadi penggerak kuasa ekonomi Malaysia, kata presiden Persekutuan Pekilang-pekilang Sabah (FSM), Datuk Seri Wong Khen Thau.

Dalam merealisasikan ini, beliau berkata yang dasar kerajaan negeri, iklim pelaburan dan persekitaran perniagaan mestilah kondusif, terutamanya untuk komuniti pelaburan.

"Dalam konteks pembuatan, kami telah mempromosikan dan berusaha keras untuk menjadikan Sabah sebuah hab untuk Timur Jauh.

"Contohnya, sekiranya kita melihat kembali Dubai 20 tahun lepas, Dubai tiada ada-apa ... ia hanya sebidang tanah padang pasir tanpa sebarang pembangunan tetapi dek kepimpinan atau komitmen kerajaan akan pentingnya "Blue Ocean Strategy", ia berjaya menjadikan Dubai daripada tiada apa-apa kepada satu kuasa ekonomi di Timur Tengah hari ini," kata beliau kepada Bernama di sini hari ini.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Lima Aset Komersial Kekal Milik PKNS

12 Zulhijjah 1433


SHAH ALAM -  Lima aset komersial Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) iaitu SACC Mall, Shah Alam; Menara PKNS, Petaling Jaya; Kompleks PKNS Shah Alam dan Kompleks PKNS Bangi, serta Wisma Yakin, Kuala Lumpur masih kekal milik perbadanan itu.

Timbalan Pengurus Besar (Korporat)nya, Datin Paduka Norazlina Zakaria berkata, PKNS  sekarang ini sedang dalam proses menyelaraskan aktiviti-aktiviti teras Kumpulan PKNS.

Menurutnya, salah satu daripada inisiatif korporat yang sedang dilaksanakan adalah penubuhan sebuah syarikat milik penuh PKNS, Private Real Estate Company (PREC), yang akan memfokuskan kepada pelaburan dan pengurusan hartanah.

“Sebagai menepati tadbir urus korporat yang telus, penubuhan anak syarikat ini (PREC) dan pindah milik aset-aset komersil PKNS kepada PREC telah mendapat kelulusan dari Jawatankuasa Kewangan dan Lembaga Pengarah PKNS yang turut diwakili oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri.

Maklumat lanjut: Sinar Harian Online

Agen Insurans Tuntut Kenaikan Komisen

12 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 28 Oktober 2012- Tuntutan kenaikan komisen sehingga 15 peratus daripada syarikat insurans am adalah antara resolusi utama dirumuskan Persatuan Wakil Insurans Am Malaysia (Perwakim) pada Mesyuarat Agung DwiTahunan keempat persatuan itu semalam.

Presidennya, Athi Rao berkata tuntutan itu yang akan dihantar kepada Bank Negara dalam masa dua minggu lagi merupakan perkara yang amat penting kepada kira-kira 35,000 anggota Perwakim memandangkan tiada kenaikan komisen sejak 20 tahun lalu.

"Memandangkan 60 peratus atau RM8 bilion daripada premium insurans am negara dibawa daripada Perwakim, maka kami amat berharap resolusi ini akan dipertimbangkan selaras dengan kenaikan kos sara hidup dan pengendalian yang semakin tinggi sekarang ini," katanya kepada Bernama di sini Ahad.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Saturday, October 27, 2012

Amanah Harta Bumiputra(AHB) Digesa Membeli Aset PKNS Yang Hendak Dijual

12 Zulhijjah 1433

AHB digesa membeli aset-aset strategik kepunyaan PKNS yang mengikut cadangan ingin dijual oleh kerajaan negeri Selagor .Ini berikutan cadangan negeri itu menjual lima aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bernilai RM321 juta sperti yang telah dilaporkan menerusi BERNAMA. Jika bidaan ini dibuat dan berjaya, ianya akan mengekalkan pemilikan umat Islam ke atas aset-aset berkenaan dan memberikan nilai yang baik ke atas pelaburan AHB.

Lima aset berkenaan ialah Menara PKNS, Petaling Jaya; SACC Mall, Shah Alam; Kompleks PKNS Shah Alam; Kompleks PKNS Bangi; dan Wisma Yakin, Jalan Masjid India.

Wallahualam

@myiktisad

Peluang Kekayaan Dalam Industri Ternakan Binatang Qurban

11 Zulhijjah 1433

Berita tentang kekurangan bekalan daging qurban sebenarnya memberikan suatu lembaran baru dalam dunia perniagaan. Ini lebih-lebih lagi dengan langkah kerajaan Australia yang mengenakan syarat baru dari segi penjualan binatang qurban yang dibawa masuk ke negara ini, iaitu perlu disembelih di rumah sembelihan yang dietapkan.

Melihat kepada corak dan suasana masyarakat Islam di negara ini, peraturan tersebut dilihat tidak dapat diterima sama sekali kerana ianya bakal meningkatkan kos dan bakal melenturkan semangat ukhuwah di kalangan penduduk setempat yang melaksanakan ibadat di tempat masing masing.

Namun begitu secara tidak sedar bahawa permasalahan ini telah memberikan suatu peluang perniagaan yang amat baik bagi industri penternakan binatang qurban. Rakyat malaysia terutama umat Islam seharusnya merebut peluang ini dengan menjalankan perusahaan perternakan secara kecil-kecilan atau sederhana bagi memenuhi keperluan negara. Insyaallah dengan berkat kesabaran dan keikhlasan yang tinggi, bidang ini bakal memberikan pulangan yang lumayan kepada mereka yang menceburinya.

Wallahualam

Ejekan Punca Kejayaan

11 Zulhijjah 1433

GUA MUSANG - Walaupun pernah diejek telefon bimbit dijual di kedainya murah dan tidak berkualiti, ketabahan seorang generasi kedua Felda Aring 1, akhirnya membuahkan kejayaan.


Sejak memulakan perniagaan tahun 2008, Tuan Suzilawati Tuan Mat, 27, berusaha mengumpul modal bagi menambah telefon berkualiti untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Tuan Suzilawati berkata, hanya dengan modal RM3,000, dia memulakan perniagaan hingga berjaya menjadi kedai menjual telefon yang pertama di tanah rancangan berkenaan.

“Saya tidak kecil hati apabila orang pandang rendah akibat tidak mampu menyediakan telefon bimbit pelbagai jenis dan berkualiti. Apa yang penting bagi saya menyahut cabaran itu.

Maklumat lanjut: Sinar Harian Online

Pendekatan Perkongsian Awam & Swasta(PPP) Baik Bagi Malaysia

11 Zulhijjah 1433

NEW DELHI, 26 Oktober 2012- Inisiatif Perkongsian Awam Swasta (PPP), yang merupakan salah satu pendekatan transformasi utama di dalam sektor awam di Malaysia, mencapai kejayaan yang baik bagi pembangunan negara ini, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Ali Hamsa.


Model PPP itu membolehkan peruntukan kerajaan bagi projek pembangunan dikurangkan dan ia boleh mengalihkan perhatian yang akan dilaksanakan dan dibiayai oleh sektor swasta.

"Pelaksanaan PPP itu menunjukkan bahawa urusan sebenar tidak lagi biasa. Ia turut memperkasakan kedua-dua sektor awam dan swasta, terutama dengan berkongsi amalan terbaik," katanya pada persidangan dua tahun sekali Persatuan Komanwel bagi Pentadbir Awam dan Pengurusan.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Bekalan Haiwan Korban Tidak Mencukupi Tampung Permintaan

11 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 26 Oktober 2012- Pembekal ternakan ruminan tempatan mengalami kesukaran membekalkan haiwan ternakan untuk ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini, ekoran kekurangan bekalan antaranya disebabkan peraturan ketat dasar eksport Australia.

Malah, ada di antara pembekal yang memutuskan untuk tidak menjual ternakan korban disebabkan harga haiwan tersebut semakin mahal.

Seorang pembekal Azizan Omar, 48, yang juga pemilik ladang ternakan PB Ramunia di Batu Pahat, Johor, berkata tahun ini beliau hanya dapat membekalkan kira-kira 200 ekor kambing untuk Aidiladha, berbanding 500 ekor, tahun lepas.

"Saya dimaklumkan oleh rakan penjual yang lain mengenai peraturan baru dasar eksport dari Australia dan ini menyebabkan saya hanya dapat menjual kambing tempatan sahaja, pada tahun ini.

"Walaupun kita boleh mengimport haiwan tersebut dari negara jiran seperti Indonesia dan Thailand, tetapi mereka juga mempunyai kesulitan sama dan akan memberi keutamaan kepada permintaan di negara mereka," katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Maklumat lanjut:BERNAMA

Friday, October 26, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha 1433

11 Zulhijjah 1433

Penulis ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari raya Aidiladha 1433 kepada semua pembaca dan pengunjung blog myiktisad yang berugama Islam. Syukur kepada Allah kerana bilangan pengunjung dilihat semakin bertambah dari hari ke sehari(walaupun tidak sebanyak blog-blog lain) walaupun penulis tidak berkesempatan melakukan blogwalking kerana kesuntukan masa. Diharapkan blog seperti ini akan terus mendapat sambutan daripada pembaca dan sedikit sebanyak menyumbang kepada perkembangan minda dan memberi manfaat di dunia dan akhirat.

Wallahualam

Malaysia Di Tempat Ketiga Jenama Future Fifteen

11 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 25 Oktober2012- Malaysia berada di tempat ketiga dalam kalangan negara-negara "Future Fifteen" yang sedang dalam usaha mentransformasikan landskap ekonomi, politik dan budaya global dalam tahun-tahun mendatang.

Dalam edisi kelapan Indeks Jenama Negara Tahunan (CBI), FutureBrand, perunding jenama global itu berkata yang "Future Fifteen" mengiktiraf Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai pelopor di kalangan jenama negara peneraju, diikuti dengan Chile.

Laporan memetik contoh yang kecenderungan UAE dalam memanfaatkan sumber aslinya yang banyak dan mengamalkan dasar dan pelaburan kerajaan dengan cemerlang adalah antara petunjuk terkuat kejayaan masa depannya.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Tabung Haji Ambil Alih Bumi Suria, Maju Warisanmas

10 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 25 Oktober 2012-- TH Plantations Bhd (THP) memeterai dua perjanjian penjualan saham bersyarat dengan beberapa pihak yang bernilai RM254.58 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, THP berkata ia memeterai perjanjian penjualan saham dengan Weida (M) Bhd, Enerstar Sdn Bhd, Liew Tien How dan Bong Sen Kui bagi pengambilalihan keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Bumi Suria Ventures Sdn Bhd (BSV) pada RM212.50 juta.

Maklumat lanjut: BERNAMA

CFO Pening Uruskan Tunai?

10 Zulhijjah 1433

KUALA LUMPUR, 25 Oktober 2012- Ketua-ketua Pegawai Kewangan (CFO) kini berhadapan cabaran pengurusan tunai, sama ada terlalu banyak tunai atau miskin tunai, demikian hasil laporan yang disediakan oleh Ernst & Young, pemimpin global dalam perkhidmatan jaminan, percukaian, transaksi dan nasihat.

Laporan bertajuk ""Drought or Drowning? Cash Challenges for CFOs At Both Ends of the Liquidity Spectrum", menyebut ketidaktentuan dalam ekonomi sejak beberapa tahun lepas meletakkan ramai CFO berada dalam kedua-dua situasi terbabit.

Laporan itu mengenal pasti kesukaran spektrum kecairan dan menilai peluang-peluang dan pertimbangan bagi membantu CFO menerajui syarikat masing-masing mengharungi persekitaran ekonomi yang mencabar ini.

Maklumat lanjut:BERNAMA

PNB Jual Satu Lagi Syarikat

10 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 25 Oktober 2012- Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan membuat pengumuman tidak lama lagi mengenai penjualan satu lagi syarikatnya.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata mengenai pelupusan empat syarikat lain yang diumumkan sebelum ini, terdapat jawatankuasa yang ditugaskan untuk membuat keputusan mengenai pembida yang menang.

Lima syarikat berkenaan, kata beliau, berkaitan dengan pengumuman Perdana Menteri untuk PNB dan Khazanah Nasional melupuskan pegangan 10 syarikat yang bukan sebahagian daripada perniagaan teras mereka untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Tawaran Hebat Penerbangan MAS Serta Merta

10 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 25 Oktober 2012- Malaysia Airlines (MAS) berkongsi sambutan ulangtahunnya yang ke-40 dengan pelanggan dengan menawarkan tawaran yang sangat menarik untuk perjalanan domestik dan antarabangsa.

Dalam satu kenyataan hari ini, MAS berkata syarikat menawarkan diskaun tambang penerbangan kelas ekonomi masing-masing sehingga 20 peratus dan 35 peratus daripada tambang pasaran semasa bagi perjalanan domestik dan antarabangsa bermula sekarang sehingga 5 Nov, 2012.

"Begitu juga dengan tambang kelas perniagaan, diskaun sehingga 40 peratus bagi perjalanan domestik dan 45 peratus untuk perjalanan antarabangsa daripada tawaran yang sedia ada yang kini sedia untuk tempahan.

"Tambang ini sah untuk perjalanan berkuat kuasa serta-merta hingga 30 Jun 2013," katanya.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Industri REIT Malaysia Diambang Masa Depan Lebih Cerah

10 Zulhijjah 1433


SINGAPURA, 25 Oktober 2012- Malaysian Real Estate Investment Trusts (M-REIT) kini di ambang masa depan yang mengujakan serta dijangka menarik pemain baharu ke pasaran, kata Ketua Pegawai Eksekutif Sunway REIT Management Sdn Bhd Datuk Jeffrey Ng.

Katanya, dengan kejayaan penyenaraian M-REIT dan pulangan keseluruhannya, industri itu dijangka menarik pemain baharu.

"Kami berharap menyaksikan kemasukan pemain REIT yang disokong oleh aset yang mempunyai saiz yang besar serta berkualiti baik dan pihak yang mempromosi yang disegani bagi mengembangkan M-REIT sebagai tiga pasaran REIT teratas di rantau ini.

"Kini, tiga pasaran REIT teratas di segi permodalan pasaran di Asia ialah Jepun, Singapura dan Hong Kong," katanya kepada Bernama.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Thursday, October 25, 2012

Petronas Teruskan Bidaan Progress Energy

9 Zulhijjah 1433

KUALA LUMPUR, 24 Oktober 2012- Petronas akan meneruskan usahanya untuk memuktamadkan bidaan bernilai US$5.2 bilion (RM16 bilion) bagi membeli Progress Energy Resources Corp, yang ditolak oleh Kerajaan Kanada.

Syarikat minyak nasional itu dalam satu kenyataan berkata unitnya di Kanada Petronas Cargigali Canada Ltd (Petronas Canada) bersama dengan Progress, akan bertemu dengan para pegawai daripada Industry Canada di Ottawa. Petronas berkata pertemuan itu adalah untuk memahami dengan lebih baik lagi syarat-syarat Industry Canada berkaitan dengan cadangan pembelian tersebut.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Amanah Harta Bumiputra(AHB) Umum Dividen 6.5 Peratus

9 Zulhijjah 1433

KUALA LUMPUR, 24 Oktober 2012-Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) dan Maybank Asset Management Sdn Bhd Rabu mengumumkan agihan pendapatan kedua sebanyak 3.25 sen seunit bagi pemegang saham Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) untuk tahun kewangan 2012, melibatkan jumlah pembayaran kira-kira RM31 juta.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Kad A Medik Pelan Takaful Kesihatan Hingga 99 Tahun

9 Zulhijjah 1433

KUALA LUMPUR, 24 Oktober 2012-- Kad perubatan A- Medik, AIA AFG Takaful Bhd (AATB), menang anugerah "Produk Takaful Paling Cemerlang" pada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF 2012) kesembilan.

Anugerah itu disampaikan pada 16 Okt di sebuah hotel di sini. Anugerah KLIFF bermatlamat menghargai usaha dan sumbangan oleh individu dan institusi dalam membangunkan industri kewangan Islam.

Ketua Pegawai Eksekutif Wan Azman Wan Mamat berkata : "Kami bangga menjadi operator Takaful berorientasikan keluarga, dengan semula produk Takaful dibangunkan untuk memenuhi pelbagai kehendak perlindungan pelanggan kami dan orang yang disayangi.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Ada GLC Tersasar Daripada Matlamat Asal

9 Zulhijjah 1433

KUALA LUMPUR, 24 Oktober 2012 - Terdapat pengurusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah tersasar daripada matlamat asal penubuhannya iaitu untuk memperkukuh ekonomi Bumiputera, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.

Beliau berkata sebagai contoh, Khazanah Nasional Bhd ditubuhkan berikutan keupayaan Bumiputera, terutama orang Melayu, lemah dari segi ekonomi dan pemilikan ekuiti.

"Oleh itu kita tubuhkan badan yang dikuasai oleh kerajaan (Khazanah) supaya mereka memegang saham-saham ini sementara kita memperkaya Bumiputera, dan kemudian kita agihkan kepada mereka (Bumiputera)," katanya kepada pemberita pada Kongres Ekonomi Melayu 2012 (KEM2012) di sini Rabu.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Kerajaan Sedia Persekitaran Kompetitif Untuk Sektor Swasta

9 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 24 Oktober 2012- Kerajaan akan mewujudkan persekitaran yang lebih kompetitif untuk sektor swasta berkembang maju menerusi liberalisasi dan pembatalan kawal selia bagi membolehkan mereka menjadi enjin pertumbuhan baharu.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan melabur dan menggalakkan industri pertumbuhan tinggi, yang akan menyediakan peluang ketara untuk penyertaan sektor swasta dalam pembangunan.

"Kerajaan menyediakan banyak inisiatif bagi memastikan kita berada pada kedudukan yang betul, menerusi pelbagai dasar mesra perniagaan yang diperkenalkan dan dilaksanakan.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Wednesday, October 24, 2012

Liabiliti Genneva Malaysia Melebihi Aset


8 Zulhijjah 1433

KUALA LUMPUR, 23 Oktober 2012- Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati liabiliti syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd (Genneva Malaysia) melebihi aset syarikat itu.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata keadaan itu jelas menunjukkan bahawa Genneva Malaysia tidak mampu membayar pulangan kepada pelabur.

Beliau berkata siasatan awal BNM mendapati syarikat itu memang menjalankan urus niaga penjualan emas untuk menarik minat pelabur, tetapi bertukar kepada hanya mengambil deposit dan urusan pemberian jongkong emas kepada pelanggan tergendala serta lambat.

 Beliau menyifatkan operasi Genneva Malaysia sama seperti kebanyakan skim cepat kaya yang tidak sah.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Kerajaan Timbang Sokong Francaisi Induk Tempatan Berkembang Di Asia Tenggara

8 Zulhijjah 1433


PETALING JAYA, 23 Oktober 2012- Kerajaan sedang menimbang memberikan sokongan yang sewajarnya kepada francaisi induk tempatan untuk memfrancaiskan produk antarabangsa di wilayah ASEAN yang dibenarkan atau negara-negara di Asia Tenggara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata syarikat jenama asing tersebut haruslah merupakan perniagaan yang berinovasi dan berteknologi tinggi serta ibu pejabat urusan dikekalkan di Malaysia.

"Kerajaan mengalu-alukan francaisi induk tempatan memperoleh hak kewilayahan francais asing bukan sahaja di Malaysia tetapi di rantau Asia Tenggara atau ASEAN untuk mengembangkan rantau ini.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Tuesday, October 23, 2012

Astro Menang USD 250 Juta Pertikaian Di Indonesia

8 Zulhijjah 1433

Mahkamah tinggi di Singapura telah memutuskan bahawa rakan perniagaan Astro di Indonesia James Riady perlu membayar USD250 juta kepada Asto berikutan kegagalan usahasama kedua-dua pihak berkenaan di Repuplik Indonesia.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Pendidikan Kewangan Yang Berkesan Kepada Isi Rumah Mampu Manfaatkan Pengantara Kewangan Islam

8 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 23 Oktober 2012- Pendidikan kewangan yang berkesan kepada isi rumah mampu memanfaatkan pengantara kewangan Islam yang dinamik dan sedang berkembang pesat.

Felo Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Mohamad Azhar Hashim berkata kuasa isi rumah walau pun unit yang kecil dalam ekonomi tapi memberi sumbangan yang sangat besar kepada pengantaraan dana.

"Justeru, kayakinan isi rumah terhadap pengantara kewangan, terutamanya pengantara kewangan Islam, sangatlah penting bagi menjamin kestabilan kewangan," katanya.

Beliau berkata demikian pada persidangan meja bulat "Pengantara Dana Dalam Sistem Kewangan Negara: Kefahaman dan Perkembangan Semasa" anjuran IKIM di sini Selasa.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Nasionalisme Sumber Di Kanada Sekat Petronas

8 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 23 Oktober 2012- Keputusan kerajaan Kanada menolak pengambilalihan Progress Energy Resources oleh Petronas menunjukkan peningkatan trend global dalam nasionalisme sumber, demikian menurut Fitch Ratings.

Agensi itu berkata kerajaan-kerajaan mengalami tekanan untuk memaksimumkan kawalan sumber asli mereka sebagai penampan terhadap kenaikan harga komoditi sejak 10 tahun lalu, melengahkan pertumbuhan ekonomi global dan dasar monetari yang ultra mudah yang diguna pakai oleh bank-bank pusat utama termasuk Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun.

"Keputusan ini meningkatkan kemungkinan kerajaan Kanada turut menolak tawaran CNOOC Ltd dari China untuk memperoleh 100 peratus pegangan Nexen, pengeluar minyak dan gas huluan Kanada, pada nilai ekuiti sebanyak CA$15 bilion," katanya dalam satu kenyataan.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Pelabur Astro Gigit Jari ?

8 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 22 Oktober 1433 - Saham Astro Malaysia Holdings Bhd jatuh di bawah harga tawarannya pada RM3.00 hari ini selepas syarikat itu disenaraikan semula pada Jumaat lepas.

Pada sesi penutup, saham itu berada pada 7.67 peratus atau turun 23 sen kepada RM2.77, disebabkan tekanan jualan yang besar. Ia dibuka setengah sen lebih rendah kepada RM2.95.

Saham itu berlegar antara RM2.73 dan RM2.96 sepanjang hari dagangan, lebih rendah berbanding hari dagangan pertama, yang berada antara RM3.00 dan RM3.11.

Astro juga merupakan saham paling cergas hari ini di tengah-tengah persekitaran pasaran yang lemah yang menyaksikan FTSE Bursa Malaysia KLCI turun 4.4 mata kepada 1,661.95 selepas kenaikan baru-baru ini.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Jaring Tanda Tangan Kontrak Lima Tahun Bernilai RM14.25 Juta Dengan UPSI

8 Zulhijjah 1433


PUTRAJAYA, 22 Oktober 2012- Syarikat pembekal perkhidmatan internet, Jaring Communications Sdn Bhd (Jaring), Isnin menandatangani kontrak lima tahun bernilai RM14.25 juta dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk menaik taraf infrastruktur komunikasi universiti tersebut.

Naib Canselor UPSI Prof Datuk Zakaria Kasa berkata kontrak itu antara lain menyaksikan kelajuan capaian internet 155Mbps sedia ada UPSI ditingkatkan kepada 1 Gbps, menjadikan ia sebagai universiti kedua selepas Universiti Malaya yang memiliki kelajuan 1 Gbps.

Dengan jumlah pelajar di kampus Tanjung Malim serta Proton City menjangkau kira-kira 14,000 dan ditambah dengan 11,000 pelajar pengajian jarak jauh yang jumlahnya sentiasa meningkat setiap tahun, katanya UPSI memerlukan capaian internet yang benar-benar cekap bagi menampung keperluan pengajian mereka.

Maklumat lanjut: BERNAMA

BNM Keluarkan Piawaian Syariah Bagi Mudarabah Kepada Semua Institusi Kewangan Islam

8 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan pengeluaran Piawaian Syariah bagi Mudarabah bagi semua institusi kewangan Islam yang di bawah kawal seliaan Bank Negara Malaysia.

Bank Negara dalam satu kenyataan berkata pengeluaran Piawaian Syariah bagi Mudarabah ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha bank pusat untuk menambah baik rangka kerja Syariah dan pengawalseliaan di Malaysia.

Piawaian akan menjadi garis panduan bagi institusi kewangan Islam dalam membangunkan produk dan perkhidmatan kewangan Islam berasaskan Mudarabah.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Hanya Mahkamah Boleh Urus Emas Yang Dirampas

7 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 22 Oktober 2012- Aset yang dirampas semasa siasatan dijalankan bagi kes-kes jenayah melibatkan skim kewangan haram menggunakan emas hanya boleh diuruskan atas perintah mahkamah.

Bank Negara Malaysia dalam satu kenyataan di sini berkata pelabur mungkin boleh memfailkan tuntutan pihak ketiga kepada mahkamah bagi pemulangan wang atau emas mereka, namun maklumat berkenaan perkara itu akan diberitahu apabila prosiding mahkamah selesai.

Kenyataan Bank Negara bersama Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia itu dikeluarkan bagi menjawab soalan-soalan lazim orang ramai berkaitan serbuan ke atas syarikat-syarikat yang disyaki menjalankan kegiatan kewangan haram menggunakan emas.

Kenyataan itu menyebut aset dan emas yang dirampas semasa serbuan akan didokumenkan dengan teliti, diambil kira dan disimpan di tempat selamat.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Mahkamah Persekutuan Akan Putuskan Berhubung Campur Tangan Mahkamah Perusahaan Dalam Pemecatan Pekerja

7 Zulhijjah 1433


PUTRAJAYA, 22 Oktober 2012- Mahkamah Persekutuan akan memutuskan sama ada Mahkamah Perusahaan boleh campur tangan dengan keputusan seorang majikan yang memecat pekerjanya bagi salah laku.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, mempengerusikan panel lima anggota, memberi kebenaran kepada Norizan Bakar, bekas pembantu peribadi pengerusi Panzana Enterprise Sdn Bhd, merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak memihak kepadanya.

Hakim Raus berkata persoalan undang-undang adalah penting dan perlukan jawapan daripada mahkamah tertinggi itu.

Panel itu yang turut dianggotai Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Hashim Yusof, Datuk Suriyadi Halim Omar, Datuk Hasan Lah dan Datuk Zainun Ali, sebulat suara membenarkan permohonan Norizan untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan berhubung satu persoalan undang-undang.

Persoalan itu ialah sama ada Mahkamah Perusahaan boleh menimbangkan keputusan majikan untuk memecat pekerjanya sebagai terlalu keras walaupun majikan telah membuktikan pekerja itu telah melakukan salah laku.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Monday, October 22, 2012

Pelabuhan Tanjung Pelepas Terima Anugerah Asia Pasifik "Pengendali Terminal Hijau Terbaik Tahun 2012"

6 Zulhijjah 1433


SINGAPURA, 22 Oktober 2012- Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dinamakan sebagai pemenang Anugerah Pengendali "Terminal Hijau Terbaik Tahun Ini" Asia Pasifik Frost & Sullivan 2012.

Anugerah itu adalah sebahagian daripada anugerah Amalan Terbaik Tahunan Frost & Sullivan yang mengenal pasti kejayaan yang boleh dicontohi dalam kepelbagaian industri dan fungsi.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PTP Azlan Shahrim telah menerima anugerah itu bagi pihak PTP pada majlis penyampaian anugerah itu.

Maklumat lanjut:BERNAMA

Urusniaga Petronas Tidak Memberi Faedah Kepada Kanada ?

6 Zulhijjah 1433

TORONTO, 21 Oktober 2012- Kanada telah menolak bidaan C$6 bilion oleh Petronas untuk pengeluar gas berpangkalan di Calgary, Progress Energy Resources Corp. dengan menyatakan bahawa urusniaga itu tidak akan memberikan faedah bersih kepada Kanada.


"Saya boleh sahkan bahawa saya telah menghantar surat notis kepada Petronas memberitahu bahawa saya tidak pasti cadangan pelaburan itu akan memberikan faeda bersih kepada Kanada," kata Menteri Industri Christian Paradis pada Jumaat.

Beliau berkata beliau mengambil keputusan itu selepas meneliti cadangan transaksi tersebut.

Bagaimanapun, Paradis memberi syarikat berkenaan 30 hari untuk membuat apa-apa tambahan cadangan.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Malaysia Sasar Tarik Dua Peratus Pasaran Industri Pembinaan Dan Baik Pulih Kapal Global

6 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 21 Oktober 2012- Malaysia menyasarkan untuk menguasai dua peratus daripada industri pembinaan kapal global menjelang 2020 berbanding satu peratus pada 2010, kata Presiden dan Pengerusi Persatuan Industri Marin Malaysia (AMIM) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor pada Ahad.

Tahun lepas, pembinaan dan baik pulih kapal di Malaysia menyumbang kira-kira RM7 bilion dalam bentuk hasil.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Sunday, October 21, 2012

Turki Minat Model Pendidikan Kewangan Islam Malaysia

5 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 20 Oktober 2012 - Turki kini berusaha membangunkan pendidikan kewangan Islam berdasarkan pengalaman Malaysia, demikian menurut Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF).

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutifnya Daud Vicary Abdullah berkata negara itu meninjau untuk bekerjasama dengan INCEIF serta pada peringkat kerajaan, pengawalseliaan dan universiti untuk mencapai matlamat ini.

"Pendidikan adalah sebahagian daripada proses. Jadi, mereka sedang meneliti model yang digunakan Malaysia," kata beliau kepada pemberita pada majlis konvokesyen keempat INCEIF di sini Sabtu.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Kerajaan Malaysia Campur Tangan Bagi Membolehkan Rakyat Memperolehi Akses Lebih Luas Miliki Rumah

5 Zulhijjah 1433

IPOH, 20 Oktober 2012 - Penglibatan kerajaan melalui kementerian serta beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah bertujuan supaya rakyat dapat mencapai akses yang lebih luas untuk memiliki rumah di samping agensi berkenaan akan menambah kapasiti bagi memajukan sektor perumahan.


Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata selain itu ia juga bertujuan menurunkan harga pasaran rumah pada jangka masa panjang.

"Ada faktor yang perlu dilihat untuk pemilikan sesebuah rumah iaitu pertama pinjaman dan kedua adalah harga rumah yang ingin dimiliki.

Maklumat lanjut : BERNAMA



Petronas Muktamad Pembelian Dua Syarikat Di Filipina

5 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 20 Oktober 2012- Petronas Dagangan Bhd (PDB) telah menyelesaikan pembelian Petronas Energy Philippines Inc (PEPI) dan Duta Inc (Duta) selaras dengan terma perjanjian jual dan beli saham bertarikh 1 Jun, 2012.

PDB dalam satu kenyataan hari ini berkata susulan penyelesaian pembelian itu, PEPI dan Duta akan dipegang olehnya menerusi syarikat pegangan pelaburan milik penuhnya yang baru diperbadankan, PDB (Netherlands) B.V.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Friday, October 19, 2012

TM Sentiasa Intai Peluang, Nafikan Spekulasi Ambilalih P1

3 Zulhijjah 1433

KUALA LUMPUR, 19 Oktober 2012 - Telekom Malaysia Bhd (TM) menafikan satu laporan akhbar bahawa ia sedang mendapatkan kelulusan Kementerian Kewangan bagi membuat bidaan RM1.8 bilion mengambil alih anak syarikat jalur lebar wayarles Green Packet Bhd, Packet One Sdn Bhd (P1).

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, TM berkata ia masih belum mengumumkan minat untuk membida kepentingan tersebut atau mendapatkan sebarang kelulusan berbuat demikian, seperti dilaporkan di dalam artikel yang dikeluarkan oleh akhbar harian perniagaan hari ini.

"Kami ingin menonjolkan bahawa artikel itu adalah mengelirukan kerana ia berasaskan spekulasi."

"Bagaimana pun, kami sentiasa mengkaji peluang yang akan mewujudkan nilai sebagai sebahagian daripada strategi kami dan sudah pasti akan membuat pengumuman perlu kepada para pemegang kepentingan kami, di mana yang diperlukan," katanya.

Maklumat lanjut : BERNAMA

TM Bida Saham P1?

3 Zulhijjah 1433

Telekom Malaysia Bhd, TM, syarikat yang majoriti sahamnya dimiliki oleh kerajaan Malaysia  diberitakan berminat membuat bidaan terhadap saham P1. Menurut sumber daripada Business Times Malaysia,  syarikat berkenaan telah memohon kebenaran pihak yang berkenaan semalam.

Maklumat lanjut :Business Times Malaysia



Newsweek Tamatkan Percetakan

3 Zulhijjah 1433


WASHINGTON: Newsweek hari ini mengumumkan ia akan menamatkan percetakan majalah berusia 80 tahun itu, dan menerbitkannya menerusi medium digital sebagai tanda industri itu sedang bergelut dalam era internet.

Ketua Pengarang dan pengasas Newsweek, Tina Brown, tidak mengatakan selamat tinggal kepada majalah itu.  "Seperti majalah dan surat khabar Amerika Syarikat yang lain, Newsweek bergelut dengan kejatuhan menerusi keuntungan pengiklanan media cetak, pengedaran yang semakin merosot dan penghijrahan pembaca untuk berita online percuma,” katanya.

Maklumat lanjut :BH Online

Apple Gagal Halang Samsung

3 Zulhijjah 1433


LONDON 19 Oktober 2012. - Syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS), Apple kalah dalam rayuannya bagi menghalang pencabarnya, Samsung daripada meniru reka bentuk komputer tablet miliknya yang didaftarkan

Keputusan oleh Mahkamah Rayuan Britain di sini semalam dijangka akan menamatkan pertikaian dua `gergasi’ telefon pintar itu berhubung paten bagi telefon pintar dan komputer tablet keluaran mereka khasnya di Eropah.

Ia juga mengekalkan keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi Britain sebelum ini yang memutuskan, walaupun terdapat kesamaan, komputer tablet Galaxy keluaran Samsung tidak menyalahi reka bentuk Apple atas sebab gajet itu `tidak kelihatan menarik’.

Maklumat lanjut :Utusan Online

Bursa Malaysia Melonjak Ke Paras Ketinggian Baharu Pada Tengah Hari Ini

3 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 19 Oktober 2012- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencatatkan paras ketinggian baharu pada 1,669.98, lima minit sebelum mengakhiri sesi pagi pada tengah hari Jumaat, kata para peniaga.

FBM KLCI meningkat 3.41 mata kepada 1,668.83 dengan suasana pasaran naik sedikit kepada bercampur-campur pada akhir sesi pagi.

Public Bank, yang merupakan penyumbang utama kepada FBM KLCI dengan 1.129 mata, naik 24 sen kepada RM14.96.

Pasaran serantau kebanyakannya kukuh dengan Nikkei 225 Jepun naik 0.06 mata kepada 8,982.92 dan Hang Seng Hong Kong meningkat 37.68 mata kepada 21,556.39.

Bagaimanapun Straits Times Singapura susut 8.36 mata kepada 3,052.0.

Di pasaran tempatan, Indeks kewangan meningkat 43.86 mata kepada 14,903.62 dan Indeks Perladangan menokok 3.08 mata kepada 8,189.04.

Maklumat lanjut :BERNAMA

Green Packet Tidak Terima Tawaran Umum Pengambilalihan Ke Atas Sahamnya

3 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 18 Oktober 2012- Green Packet Bhd (GPB) berkata ia tidak menerima sebarang tawaran umum untuk kesemua saham syarikat berkenaan.

Syarikat berkenaan berkata demikian bagi menjelaskan artikel berita dalam akhbar harian berbahasa Cina semalam (17 Okt) yang melaporkan "ada kemungkinan tawaran umum untuk kesemua saham GPB".

Syarikat itu juga membuat penjelasan berhubung laporan dalam harian kewangan yang menyebut ia sedang meneroka alternatif strategik untuk Packet One Networks (M) Sdn Bhd (P1), termasuk kemungkinan penggabungan penyepaduan, menjual kepentingan dan pilihan lain untuk memaksimumkan nilai pemegang saham.

Menurut laporan yang disiarkan semalam, GPB sedang mengenal pasti peluang untuk keluar daripada perniagaan perkhidmatan jalur lebar dengan menjual keseluruhan 61 peratus kepentingannya dalam P1.

Maklumat lanjut:BERNAMA

Sekuriti Hutang Cagamas Dijangka Meningkat

3 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 19 Oktober 2012- Penyelesaian jualan Nota Jangka Sederhana (MTN) konvensional pelbagai tempoh RM630 juta Cagamas Bhd akan menjadikan terbitan sekuriti hutangnya kepada RM3.35 bilion bagi tahun ini dan mewakili kenaikan dua kali berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Cagamas menjangka terbitan keseluruhannya meningkat lebih RM5 bilion pada 2012.

MTN RM630 juta akan diterbitkan bagi tempoh setahun, tiga tahun, lima tahun dan 15 tahun, yang masing-masing memberikan pulangan 3.30 peratus, 3.45 peratus, 3.63 peratus, 3.91 peratus dan 4.17 peratus dan bersamaan dengan julat tebaran 30 mata asas (bps) kepada 39 bps bagi Sekuriti Kerajaan Malaysia.

Maklumat lanjut :BERNAMA

MMC Akan Ambilalih Hicom Power Pada Akhir Tahun

3 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 17 Oktober 2012- Unit tidak langsung MMC Corp Bhd, Sterling Asia Sdn Bhd, memeterai perjanjian jualan aset bersyarat dengan HICOM Power untuk membeli keseluruhan aset dan liabiliti HICOM Power dengan harga RM575 juta. HICOM Power merupakan unit DRB-HICOM Bhd dan aktiviti utamanya adalah penyediaan operasi dan perkhidmatan penyelenggaraan stesen janakuasa.

Maklumat lanjut :BERNAMA

Bursa Malaysia Selesaikan Fasa Akhir CDS Pemprosesan Terus Akaun

3 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 18 Oktober 2012 - Bursa Malaysia Securities telah menyelesaikan fasa akhir inisiatif CDS (Sistem Depositori Pusat) Pemprosesan Terus Akaun (CDS-STP)bagi peserta pasaran, membolehkan mereka mengautomasikan transaksi berkaitan depositori yang besar, terus ke CDS.

Dalam satu kenyataan , syarikat pegangan bursa itu berkata broker yang melanggan kini boleh mengurangkan kemasukan data, memendekkan masa tindak balas dan merakam data dengan lebih cepat bagi operasi peserta.

"Fasa itu melengkapkan inisiatif awal di bawah CDS-STP untuk memberikan laporan terkini baki untuk kedudukan pegangan saham dalam akaun CDS, yang diperkenalkan pada 18 Jun dan 13 Ogos, 2012," katanya.

Maklumat lanjut :BERNAMA

PruBSN No.1 Dalam Pasaran Takaful Tahun Ini ?

3 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 18 Oktober 2012- Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN), yakin kekal pada kedudukan nombor satu dalam pasaran takaful tahun ini.

Syarikat itu berkata ia terus berkembang, dengan kejayaan menduduki tempat pertama dalam pasaran takaful pada 2011 telah menetapkan kedudukan yang bermakna pada 2012.

Pada separuh kedua 2012, Sumbangan Bersamaan Tahunan (ACE) meningkat 23 peratus tahun ke tahun kepada RM129 juta.

Ini menjadikan bahagian pasaran syarikat itu sebanyak 28 peratus, peningkatan daripada 26.7 peratus dalam tempoh yang sama pada 2011, kata PruBSN menerusi kenyataan bagi mengumumkan pelantikan pelumba profesional, Nabil Jeffri sebagai duta jenamanya.

"Selain menawarkan produk inovatif dengan nilai luar biasa, PruBSN menjayakan misi kami dalam menyokong gaya hidup sihat.

Maklumat lanjut: BERNAMA

Thursday, October 18, 2012

Import Gandum Dari India

3 Zulhijjah 1433

NEW DELHI, 18 Oktober 2012 - Malaysia berusaha mengimport gandum dari India buat jangka panjang melalui saluran diplomatik, demikian menurut laporan akhbar The Hindu.


Menteri Pertanian Malaysia, Datuk Seri Noh Omar berbincang untuk meneroka kemungkinan mengimport gandum itu dengan Menteri Makanan India, K.V. Thomas, Khamis, katanya.

Malaysia sememangnya mengimport gandum dari India, tetapi dalam jumlah yang kecil dan kebanyakannya melalui perdagangan persendirian.

"Mereka berminat untuk mengimport gandum bagi jangka panjang. Kita telah meminta mereka menghantar satu pasukan teknikal untuk menilai kualitinya. Setelah membuat keputusan, mereka boleh meneruskannya," kata Thomas kepada pemberita.

Menteri Makanan itu berkata, eksport itu akan diambil dari simpanan pusat.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Wednesday, October 17, 2012

Produk MAA Takaful Dipilih Sebagai Produk Runcit Islam Cemerlang KLIFF

2 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 17 Oktober 2012- Produk berkaitan pelaburan MAA Takaful, Takafulink Plan, baru-baru ini dipilih sebagai Produk Runcit Islam Paling Cemerlang pada Anugerah Kewangan Islam KLIFF 2012, kali kesembilan.

Ia mengungguli anugerah Produk Cemerlang pada 2009, 2010 dan 2011.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Salim Majid Zain, berkata mereka gembira kerana sekali lagi diperakui atas komitmen dan sumbangan terhadap pembangunan industri takaful.

"Sokongan dan komitmen yang tidak berbelah-bahagi perunding dan petugas kami merupakan faktor penggerak yang mempengaruhi MAA Takaful menawarkan barisan produk Islam terbaik dan inovatif, selain perkhidmatan hebat kepada para pelanggan kami," katanya dalam satu kenyataan.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Pengecualian Cukai Pendapatan Ke Atas Bonus Penjawat Awam Akan Beri Kesan Negatif Kepada Negara

2 Zulhijjah 1433


PUTRAJAYA, 17 Oktober 2012 - Tindakan mengecualikan cukai pendapatan ke atas bonus yang diterima penjawat awam boleh memberi kesan terhadap hasil pendapatan negara, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Ini kerana, jika dilaksanakan, pekerja sektor swasta juga berhak ke atas pengecualian itu sekaligus memberi kesan kepada hasil cukai negara, katanya.

"Pengecualian cukai pendapatan itu juga tidak memberikan manfaat kepada penjawat awam yang berpendapatan kurang daripada RM2,700 yang sememangnya tidak membayar cukai," katanya pada majlis perjumpaan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dengan kepimpinan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di sini, Rabu.

Maklumat lanjut : BERNAMA

Ambank Cadang Beli Semua 30 Peratus Ekuiti Dalam AmLife Insurance & AmFamily Takaful

1 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 16 Oktober 2012- AMMB Holdings Bhd telah memperoleh kelulusan Bank Negara Malaysia untuk memulakan perundingan dengan Friends Life FPL Limited untuk membeli semula 30 peratus kepentingan dalam AmLife Insurance Bhd dan AmFamily Takaful Bhd.

Pengerusi AMMB, AmLife dan AmTakaful, Tan Sri Azman Hashim berkata cadangan pembelian semula itu akan membolehkan kedua-dua AMMB dan Friends Life meneruskan strategi berasingan untuk meningkatkan perniagaan masing-masing.

"AMMB akan kekal komited kepada pertumbuhan berterusan AmLife dan AmTakaful," kata beliau dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengarah Urusan AMMB Group, Ashok Ramamurthy berkata: "Ini akan membolehkan kami memberi tumpuan kepada peluang-peluang unik model perniagaan kumpulan kami.

"Dalam pada itu, Friends Life akan terus menyediakan sokongan teknikal kepada AmLife dan AmTakaful berhubung tempoh masa yang dipersetujui."

Maklumat lanjut :BERNAMA

Kewangan Islam Berkembang Pada Rentak Yang Pantas Di Ekonomi Sedang Pesat Membangun

1 Zulhijjah 1433


KUALA LUMPUR, 16 Oktober 2012- Kewangan Islam dijangka bergerak dalam rentak yang pantas di negara-negara sedang pesat membangun ekoran ekonominya yang dinamik, berdaya tahan dan berpotensi serta kesedaran terhadap industri itu, kata KFH Research Ltd.

Pengarah Urusan/Naib Pengerusi, Baljeet Kaur Grewal berkata kecairan dalam pasaran-pasaran sedang pesat membangun untuk kewangan Islam masih lagi berkembang pada nada yang rancak dan ini secara umumnya, telah memacu permintaan untuk produk kewangan Islam.

Beliau menambah yang tinjauan untuk industri perbankan Islam telah meningkat 20 peratus tahun atas tahun, sebahagian besarnya disumbangkan oleh mudah tunai dalam pasaran-pasaran Islam dan yang sedang pesat membangun.

Beliau juga berkata yang sukuk telah menjadi alternatif berdaya maju kepada bon-bon konvensional dan terbukti daripada sejumlah besar dana yang dikumpulkan oleh kedua-dua penerbit korporat dan kedaulatan.

Maklumat lanjut :BERNAMA

Faedah Belanjawan Untuk Tarik Lebih Banyak Firma Terlibat Dalam Sektor O&G

1 Zulhijjah 1433


LABUAN, 16 Oktober 2012- Faedah cukai Belanjawan 2013 untuk pelaburan dalam sektor minyak dan gas (O&G) akan menarik lebih banyak firma melibatkan diri dalam sektor hiliran, penapisan dan kemudahan penyimpanan untuk petroleum.

Ketua pegawai eksekutif Labuan Shipyard Engineering Sdn Bhd (LSE), Mohd Azman Nasir, berkata ini akan mendorong sektor itu, terutamanya di Labuan dan Sabah.

"Belanjawan 2013 telah menunjukkan komitmen kukuh kepada sektor O&G, yang mana Labuan adalah salah satu fabrikator utama," katanya kepada Bernama di sini Selasa.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pengecualian pada cukai korporat dan pegangan untuk 10 tahun bagi syarikat-syarikat yang terbabit dalam penyimpanan petroleum di Johor.

Terdapat juga 100 peratus pelepasan cukai pelaburan untuk 10 tahun bagi syarikat-syarikat baharu yang memasuki sektor penapisan negara.

Beliau berkata sektor O&G adalah penting kerana ia mewakili sehingga 30 peratus pelaburan di bawah Program Transformasi Kerajaan.

Maklumat lanjut :BERNAMA

Tuesday, October 16, 2012

Saiz Dana KWAP Naik 12 Peratus Kepada RM84.92 Bilion Bagi Suku Kedua 2012

30 Zulkaedah 1433


KUALA LUMPUR, 15 Oktober 2012- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)(KWAP) mencatatkan pertumbuhan 12 peratus dalam saiz dananya kepada RM84.92 bilion dalam suku kedua tahun ini daripada RM75.75 bilion pada tempoh yang sama tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Azian Mohd Noh berkata pendapatan pelaburan kasar syarikat meningkat sebanyak 21 peratus kepada RM2.84 bilion semasa suku tersebut, berbanding RM2.34 bilion pada suku yang sama tahun lepas.

Azian berkata KWAP meraih pulangan kasar pelaburan 3.48 peratus dengan pendapatan pelaburan bersih sebanyak RM3.07 bilion.

"Peningkatan itu disumbang terutamanya daripada prestasi pasaran saham yang lebih kukuh semasa separuh pertama tahun ini serta keuntungan modal tinggi daripada peningkatan aktiviti dagangan sekuriti kerajaan, di atas sokongan penurunan aliran hasil," katanya dalam satu kenyataan.

Maklumat lanjut :BERNAMA

Kewangan Islam Berpotensi Laksana Inovasi Kontrak Atau Transaksi Baharu

30 Zulkaedah 1433


KUALA LUMPUR, 15 Oktober 2012- Kewangan Islam berpotensi melaksanakan inovasi kontrak atau transaksi baharu, selaras dengan usaha industri untuk meneruskan usaha inovasi dan fleksibiliti bagi memenuhi kemahuan pasaran.

Seorang pakar syariah, Prof Madya Dr Engku Rabiah Adawiah dari Universiti Islam Antarabangsa, bagaimana pun, berkata usaha melakukan inovasi dan fleksibiliti dalam kewangan Islam perlu dilaksanakan selari serta tidak melanggar prinsip-prinsip syariah yang jelas.

Maklumat lanjut: BERNAMA

AirAsia Batalkan Ambilalih Batavia Air

30 Zulkaedah 1433


JAKARTA, 15 Okt ober 2012- Pengambilalihan PT Metro Batavia, pemilik syarikat penerbangan yang menghadapi masalah, Batavia Air, oleh syarikat penerbangan tambang rendah berpangkalan di Malaysia, AirAsia Bhd, dan rakan Indonesianya, Fersindo Nusaperkasa, telah dibatalkan.

Pengarah Komersil Batavia Sukirno Sukarna, yang mengesahkan pembatalan itu, berkata syarikat itu gagal mencapai satu persetujuan dengan AirAsia dan Fersindo.

Pada Isnin, akhbar berBahasa Inggeris "The Jakarta Post" memetik Sukirno sebagai berkata bahawa AirAsia dan Fersindo dijangka mendedahkan butiran perundingan yang gagal itu pada Isnin.

AirAsia dan Fersindo telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat penerbangan domestik itu pada akhir Julai untuk membeli PT Metro Batavia, yang termasuk sekolah penerbangannya, pada harga US$80 juta (RM256 juta).

Maklumat lanjut :BERNAMA

Monday, October 15, 2012

MASwings Sasar 1.5 Juta Penumpang Untuk Tahun 2012

29 Zulkaedah 1433


MIRI, 14 Okt (Bernama) -- MASwings Sdn Bhd (MASwings), anak syarikat Malaysia Airlines (MAS), telah mengunjurkan jumlah penumpang seramai 1.5 juta tahun ini berbanding 1.4 juta tahun lepas.

Ketua pegawai eksekutif MASwings Datuk Mohd Nawawi Awang berkata sasaran itu boleh dicapai berdasarkan pertumbuhan penumpang di kawasan perkhidmatannya serta kejayaan rancangan pengembangannya di Kawasan Pertumbuhan Asean Timur - Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina (BIMP-EAGA).

Maklumat lanjut : BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...