Bursa Malaysia

top_rightads

Saturday, December 21, 2013

Kerajaan Disaran Memberi Rebat/Penangguhan Cukai Kepada Penyedia Perkhidmatan

18 Safar 1435

Kerajaan disaran agar memberi rebat atau penangguhan cukai kepada penyedia-penyadia perkhidmatan bersubsidi bagi mengelakkan sebarang keputusan kajian semula tarif yang sering menghantui kerajaan dan rakyat. Ini dilihat sebagai jalan alternatif kepada kerajaan daripada terus dibelenggu untuk membayar sejumlah amaun kepada pihak terbabit bagi mengelakkan kenaikan berjadual dengan syarikat konsesi. Dengan adanya penangguhan cukai, syarikat-syarikat pemegang konsesi berkenaan mempunyai peluang menggunakan sumber dana tersebut untuk melakukan pelaburan bagi menampung kos pembiayaan yang telah terikat sebelum ini atau menstruktur semula pembiayaan berkenaan ke portfolio yang lebih menguntungkan.

Ini secara tak langsung membolehkan cukai yang telah dihapuskan dapat ditukarkan dalam bentuk pembayaran dividen yang lebih tinggi kepada pemegang saham yang manaianya juga akan mengalir kepada akaun kerajaan yang mana kerajaan juga merupakan pemegang saham utama syarikat-syarikat terbabit. Pada masa yang sama pelabur asing yang memegang sejumlah portfolio saham di dalam syarikat konsesi juga akan gembira dengan bayaran dividen yang tinggi dan situasi ini bakal menggalakkan kemasukan dana asing terus ke dalam pasaran ekuiti negara. Ini memungkinkan peluang sekali lagi kerajaanuntuk mendapat cukai daripada keuntungan daripada pelaburan ekuiti oleh pelabur asing. Idea ini perlu diberi pertimbangan jika kita serius untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup yang melampau yang kini sedang hangat diperkatakan di negara ini.

Wallahualam

Najib: "Saya Dengar Keluh-Kesah Rakyat"

18 Safar 1435

KUALA LUMPUR, 20 Dis,2013- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak erkata beliau mendengar keluh-kesah rakyat terutama berkenaan kenaikan kos sara hidup.

Beliau menegaskan kerajaan sentiasa mencari formula sesuai untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan mereka.

Dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya, Najib berkata pada masa sama, kerajaan juga perlu memandang ke hadapan demi memastikan ekonomi negara terus mampan.

"Disebabkan itu, kerajaan bersetuju menubuhkan Makmal Mengenai Kos Sara Hidup di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU)," katanya.

Berita lanjut: BERNAMA

Biarlah Pertumbuhan Ekonomi Tak Tinggi,Asalkan Kos...

myBancik: Biarlah Pertumbuhan Ekonomi Tak Tinggi,Asalkan Kos...: 18 Safar 1434 Kadangkala kita lupa bahawa pertumbuhan ekonomi yang tinggi langsung tidak membawa kesan positif kepada taraf hidup kita. Ap...

Saturday, December 14, 2013

Kerajaan Digesa Kekalkan Tarif Elektrik Kepada Golongan Pertengahan & PKS

11 Safar 1435

Penulis tidaklah sehebat seperti pemikir-pemikir dan pakar ekonomi negara yang berada dikeliling pimpinan negara sekarang. Tetapi cukuplah sebagai seorang rakyat biasa yang sedang bergelut  dengan perubahan iklim politik, ekonomi dan sosial di negara ini. Atas dasar berikut, penulis turut merasai apa yang dialami oleh sebilangan besar rakyat apabila beberapa subsidi seperti gula, petrol dan sebagainya tidak ditambah(katanya) apabila berlakunya kenaikan harga di pasaran dunia. Apabila nilai subsidi tidak ditambah, maka kenaikan harga berkenaan perlulah ditanggung oleh rakyat(katanya).

Rakyat rata-rata boleh terima bila subsidi dirasionalkan melibatkan gula dan petrol, namun bagi tarif elektrik, ianya menuntut pertimbangan yang lebih rasional. walaupun ianya dikatakan tidak menjejaskan 70 peratus pengguna yang mana bil elektrik bulanannya tidak mencapai tahap kenaikan tarif, ianya perlu disegmenkan dengan lebih terperinci. Ini dikira amat tidak adil sekiranya golongan pertengahan yang termasuk dalam tahap penggunaan tersebut dikumpulkan dalam tahap penggunaan kumpulan industri dan komersial yang lain.Lebih malang lagi industri kecil dan sederhana PKS turut dikumpulkan bersama dengan industri besar, yang mana ianya bakal menjejaskan daya saing dan kesinambungan jangkamasa panjang industri berkenaan.

Terjejasnya golongan pertengahan dan PKS bakal menjejaskan kuasa beli atau belanja golongan berkenaan yang mana kitaran dan perubahan wang dari tangan ke tangan ke kadar yang lebih perlahan bakal memperlahankan kadar pergerakan ekonomi negara. Ini berdasarkan kepada teori yang sering digunapakai oleh Tun Mahathir (mantan PM Malaysia) yang mana berpendapat bahawa semakin cepat wang perpindah tangan melalui perbelanjaan rakyat, maka ekonomi akan lebih cepat berkembang. Jika berlakunya kenaikan, maka ianya akan mengurangkan perbelanjaan rakyat. PKS juga akan menangguhkan perkembangan perniagaan mereka kerana terpaksa bergelut dengan kenaikan kos elektrik selain daripada terpaksa membayar balik semula hutang perniagaan mereka selain bergelut dengan kuasa pembelian pengguna yang menurun. Dengan itu, negara terpaksa terus bergantung kepada pelaburan langsung yang seringkali meminta pengecualian cukai dan macam-macam insentif lagi daripada kerajaan. Akhirnya rakyat juga yang rugi bilamana FDI tersebut, bila sampai masanya dan telah mengaut keuntungan berbilion ringgit, lari meninggalkan negara ini dan pekerja yang telah berumur pada ketika itu terpaksa bermula dari bawah semula akibat diberhentikan kerja. Apa kata pengecualian cukai dan insentif yang diberikan kepada pelabur asing(FDI) diberikan kepada rakyat dalam bentuk subsidi elektrik.

Dari segi  pendapat daripada penulis yang tak berada dalam kedudukan apapun, penulis amat berharap agar kerajaan  melihat dengan lebih holistik kitaran ekosistem ekonomi negara dengan menilai semula kenaikan tarif elektrik dan tidak hanya berpaksikan untung rugi dan lembaran kunci kira-kira kerajaan semata-mata. Ataupun , seperti mana yang sering dilakukan sebelum ini, adakan forum di laman sesawang  1Malaysia untuk menilai pendapat daripada orang ramai sebelum kenaikan tarif dilaksanakan.

Wallahualam



Saturday, December 7, 2013

Perlu Selesaikan Isu Akaun Hutang Tertunggak Sebelum Naikkan Tarif Elektrik

4 Safar 1434

Penulis berbendapat bahawa penyedia perkhidmatan tenaga elektrik perlulah terlebih dahulu menyelesaikan isu akaun pelanggan yang tertunggak membayar bil elektrik, sebelum meminta dinaikkan tarif elektrik. adalah tidak adil sekiranya rakyat dibebani oleh kenaikan tarif disebabkan adanya penyangak kapitalis yang menutup perniagaan mereka atau berpindah randah kediaman bagi mengelakkan pembayaran elektrik. Fakta menunjukkan pada tahun kewangan 31 Ogos 2013, syarikat penyedia perkhidmatan elektik menanggung amaun tertunggak daripada penghutang atau "trade recievables" sebanyak RM6.4 Billion manakala 'others receivables" adalah sebanyakRM  962.7 juta. Syarikat juga memperuntukkan pelarasan terhadap akaun berkenaan dengan melakukan tolakan sebanyak RM777.1 juta dalam tempoh yang sama.

Setidak tidaknya jika masalah ini dapat diselesaikan dengan cekap, ianya dapat menampung secara signifikan perbelanjaan modal tahunan syarikat pengeluar tenaga elektrik berkenaan. Bukanlah penulis nak tunjuk pandai di sini, namun sebagai rakyat biasa, penulis perlukan penjelasan dan alasan yang benar-benar kukuh terhadap kenaikan tarif elektrik tersebut. Jika tidak, penulistetap  tidak akan berpuas hati terhadap kenaikan tinggi kadar elektrik berkenaan yang dijadualkan pada 1 Januari 2014 nanti.

Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...