Bursa Malaysia

top_rightads

Friday, December 19, 2014

Setiap Hutang Mestilah Dibayar

27 Safar 1436

Rakyat Malaysia perlulah membudayakan sikap mendahulukan membayar hutang bagi setiap hutang yang dimiliki. Hutang bukan hanya tertakluk kepada pinjaman peribadi, ansuran kereta atau rumah, semata-mata malah ianya termasuk bil-bil seperti bil elektrik, telefon dan sebagainya hatta hutang MARA & PTPTN sekalipun.

Penulis tidak mahu mengulas lebih lanjut dari segi agama Islam, cukup sekadar menyatakan bahawa antara ayat-ayat yang panjang di dalam Al Quran ialah ayat yang menerangkan tentang bab hutang (Sila rujuk pakar ugama, jika hendak tahu dengan lebih lanjut). Yang lebih penting, setiap hutang perlulah dibayar oleh peminjamnya.

Keengganan mendahulukan dalam soal pembayaran hutang akan mengakibatkan banyak kesan negatif kepada ekosistem ekonomi negara. Pengeluar perkhidmatan bakal mempunyai kekangan untuk menaiktaraf perkhidmatan mereka disebabkan perkhidmatan yang belum berbayar, tabung pinjaman akan kehabisan dana untuk menyediakan pinjaman kepada orang lain yang memerlukan dan pelbagai isu-isu sampingan lagi. Dengan kata lain, hutang yang tidak berbayar ini akan menjadi kos tambahan kepada penyedia perkhidmatan dan natijahnya, harga perkhidmatan yang disediakan akan terus mengalami tekanan untuk dinaikkan harga.

Oleh yang demikian, bagi mewujudkan  suatupersekitaran ekonomi yang stabil dan lebih adil, segenap rakyat Malaysia perlulah menjadikan budaya menjelaskan hutang adalah menjadi satu keutamaan apabila mendapat bayaran gaji setiap bulan. Dengan kata lain, pembayaran hutang didahulukan, ketenangan diutamakan..

Wallahualam

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...