tag:blogger.com,1999:blog-80432545372203863282024-03-19T11:34:23.474+08:00MyIktisadCetusan Idea Ekonomi UmmahBancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.comBlogger1108125tag:blogger.com,1999:blog-8043254537220386328.post-2305367207324377662024-03-03T11:28:00.010+08:002024-03-03T11:58:20.423+08:00KWSP: Dividen Simpanan Syariah 2023 Merekodkan Kadar Pertumbuhan Yang Tinggi 13.68% Berbanding Tahun 2022 Dan Simpanan Konvensional
22 Syaaban 1445
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Malaysia(KWSP) terkini sebentar tadi telah mengumumkan kadar dividen bagi tahun kewangan 2023 lebih baik yang mana 5.5% bagi simpanan konvensional, manakala 5.4 % bagi akaun simpanan syariah. Ini adalah kadar yang lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya iaitu 5.35 % bagi simpanan konvensional , manakala 4.75% bagi akaun simpanan syariah.
Prestasi kali ini menunjukkan akaun simpanan syariah semakin merekodkan dividen yang hampir sama dengan simpanan konvensional.Kadar pertumbuhan dividen akaun simpanan syariah merekodkan kadar yang lebih tinggi iaitu perbandingan dari 4.75% kepada 5.4%, iaitu 13.68%. Ianya amat ketara berbanding 2.80% kadar pertumbuhan bagi simpanan konvensional daripada 5.35 % kepada 5.5%.
Jika umat islam atau para pencarum beramai ramai menukarkan ke simpanan syariah, tidak mustahil prestasi dividen simpanan syariah pada masa akan datang bakal merekodkan prestasi yang lebih baik berbanding simpanan konvensional.
Wallahualam
Nota:Untuk rujukan atau maklumat lanjut sila rujuk pengumuman rasmi daripada pihak KWSP
Bancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8043254537220386328.post-30662738780886423092024-02-29T23:34:00.001+08:002024-02-29T23:34:17.696+08:00Masalah Scam Dan Penipuan : Antara Penyumbang Kenaikan Kos Sara Hidup
20 Syaaban 1445
Kegiatan penipuan yang semakin berleluasa pada masa ini perlu dilihat sebagai penyumbang kenaikan kos sara hidup yang melanda rakyat di negara ini. Ini kerana, setiap ringgit yang hilang atau ditipu, akan menyebabkan kerugian kepada seseorang individu dan ianya menjadi kos yang terpaksa ditanggung. Lebih malang lagi, bagi menampung kehilangan tersebut, mangsa terpaksa mencari sumber baru bagi menggantikan wang yang hilang dan antara langkah yang boleh diambil ialah dengan membuat pinjaman daripada pihak bank atau yang berkenaan.
Justeru itu, dengan membuat pinjaman, ianya akan memberi kos tambahan kepada mangsa bagi meneruskan aktiviti harian atau bagi meneruskan kehidupan seterusnya. Oleh yang demikian, pihak berkuasa atau yang berkepentingan perlulah lebih agresif bagi menangani masalah scam yang semakin berleluasa pada masa sekarang ini. Ini bagi memastikan kualiti kehidupan rakyat di negara ini akan terus terjamin.
Wallahualam
Bancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8043254537220386328.post-64149060367315968942024-02-26T13:22:00.004+08:002024-02-26T13:22:40.291+08:00KWSP: Pencarum Mengharapkan Dividen Yang Lebih Tinggi Untuk Tahun 2023
16 Syaaban 1445
Pencarum buat masa kini amat tertunggu tunggu akan pengumuman agihan dividen KWSP bagi tahun kewangan 2023. Ini adalah kerana prestasi kewangan pada sembilan bulan pertama tahun lepas bagi agensi pelaburan berkenaan adalah dilihat amat memberangsangkan seperti mana yang telah diumumkan di media massa. Rata rata mengharapkan kadar agihan yang lebih tinggi berbanding tahun 2022 sebelumnya.
Justeru itu, sebagai pencarum, kita amat berharap, tiada kejutan negatif bagi tiga bulan terakhir bagi membolehkan kadar agihan yang bakal diumumkan adalah seperti dalam jangkaan. Penulis bangkitkan hal ini disebabkan adanya laporan terkini daripada beberapa pakar ekonomi bahawa kadar dividen dijangka rendah daripada tahun sebelumnya. Namun begitu, kita doakan yang baik baik sahaja hendakNya.
Wallahualam
Bancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8043254537220386328.post-70363184600938477772024-02-26T12:01:00.004+08:002024-02-26T12:01:24.655+08:00Kejatuhan Nilai Ringgit: Kerajaan Perlu Bersedia Mendengar Pendapat Rakyat
16 Syaaban 1445
Kerajaan Malaysia disaran untuk mendengar dengan serius pendapat dan keluhan rakyat dalam menghadapi situasi kejatuhan matawang ringgit yang terus berlaku sehingga kini. Para menteri harus berlapang dada dengan menerima hakikat bahawa tiada siapa lagi yang boleh mendabik dada bahawa hanya formula mereka sahaja yang paling sesuai untuk menyelesaikan masalah kejatuhan ringgit.
Ini adalah kerana semakin ramai rakyat makin celik ekonomi, dan mereka tidak sanggup melihat masalah ini berterusan, kerana ianya akan terus menjejaskan ekosistem ekonomi negara. Lebih membimbangkan, harga komoditi tidak juga meningkat walaupun nilai matawang semakin lemah, di mana pertumbuhan eksport dilihat kurang memberangsangkan.
Saya yakin dan percaya, rakyat pun tak lagi berminat melihat perubahan pucuk pimpinan negara, tetapi mereka mengharapkan usaha serius pihak yang diberikan amanah untuk menyelesaikan setiap masalah yang timbul di negara yang tercinta ini.
Wallahualam.
Bancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8043254537220386328.post-11594883969138358932023-03-13T00:22:00.000+08:002023-03-13T00:22:10.991+08:00Guna Simpanan KWSP Cagar Hutang : Ibarat Gali Lubang Tutup Lubang
20 Syaaban 1444
Cadangan untuk membenarkan simpanan KWSP digunakan sebagai cagaran untuk membuat hutang, perlu dikaji dengan lebih teliti. Ianya agak tidak masuk akal sekiranya ianya dibenarkan di ketika kadar faedah yang semakin naik, sedangkan pulangan dividen tahunan KWSP dilihat semakin menurun.
Jika langkah ini tidak dibuat secara berhati hati, ianya akan menimbulkan suasana yang kurang baik terhadap kehidupan para pencarum. Ianya mungkin akan dilihat keadaan di mana ibarat gali lubang tutup lubang. Sampai bila isu tersebut tidak akan selesai.
Wallahualam
Bancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8043254537220386328.post-47994610556824925682023-03-13T00:11:00.003+08:002024-02-26T13:23:44.943+08:00Berhati hati Dengan Skim Pelaburan di Pasaran
20 Syaaban 1444
Saya dan masyarakat di luar sana hendaklah berhati hati dengan sebarang skim pelaburan yang menawarkan pelbagai bentuk pulangan yang lumayan. Ini kerana dikhuatiri ada elemen penipuan terhadap skim berkenaan. Sedangkan pelaburan yang berlesen sekalipun kita rasa tertipu dengan prestasi pengurusan dana, inikan pula yang diiklankan secara berleluasa di media social.
Ini kerana, kita sudah tidak mampu lagi menanggung sebarang risiko ke atas rosot nilai pelaburan yang ada. Lebih lebih lagi, kini kita berada di zaman yang penuh pancaroba.
Wallahualam
Bancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8043254537220386328.post-5448790872793720042022-09-27T22:15:00.004+08:002022-09-27T22:15:50.170+08:00Kejatuhan Nilai Ringgit Tidak Akan Dapat Diatasi Hanya Menerusi Pemantauan
1 Rabiulawwal 1444H
Prestasi nilai matawang ringgit yang mengalami trend kejatuhan berbanding US dollar perlulah ditangani dengan serius dan bukan hanya sekadar mengeluarkan kenyataan bahawa ianya sedang dipantau oleh Bank Negara Malaysia. Ini kerana krisis seperti ini pernah diuruskan dengan baik oleh Tun Mahathir semasa beliau memegang tampuk pemerintahan.
Langkah menaikkan kadar faedah dilihat tidak akan berkesan kerana kita bersaing dengan kuasa besar yang ekonominya lebih besar dan banyak pelabur berkiblat ke negara berkenaan dengan membeli lebih banyak matawang negara berkenaan. Jika kadar faedah berterusan dinaikkan, ianya akan membunuh perniagaan perniagaan yang menjadikan pinjaman sebagai sumber pembiayaan, manakala pinjaman atau hutang bagi setiap isirumah yang melakukan pinjaman peribadi bagi menampung kenaikan kos akan terus meningkat dan dikhuatiri semakin tidak terkawal.
Jika tak sehaluan politik dengan Tun Mahathir sekalipun, apa salah mencuba kembali kaedah yang pernah digunapakai beliau sekali lagi untuk mencari jalan keluar dari krisis ini.
Wallahualam
Bancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8043254537220386328.post-7954147959598577102022-07-07T11:08:00.003+08:002022-07-07T11:09:00.464+08:00Berbelanja Secara Hikmah Di Musim Harga Barang Naik
7 Zulhijjah 1443
Masyarakat termasuk penulis digesa berbelanja secara lebih berhikmah di masa keadaan suasana kenaikan harga barang sedang meningkat. Ianya lebih ketara apabila berlakunya kenaikan harga bagi bahan mentah utama seperti minyak masak. Maka secara tak langsung ianya akan meningkatkan kos penghasilan barangan yang menggunakan bahan berkenaan dan harga jualan terpaksa juga dinaikkan.
Apa yang mampu dilakukan sekarang ialah sama ada kita mencari produk pengganti ataupun jika terpaksa, kita boleeh mengurangkan kuantiti pembelian. Pada masa yang sama, cuba elakkan jenis pembelian yang mana kita masih boleh meneruskan kehidupan seperti biasa tanpa barangan berkenaan. Jika ada rezeki pada masa yang akan datang, inshaAllah kita boleh mendapatkannya semula. Dengan kata lain kita cuba membina kuasa pasaran yang lebih positif.
Wallahualam
Bancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8043254537220386328.post-2740151025783710252022-06-28T23:49:00.003+08:002022-06-28T23:49:44.571+08:00Utamakan Projek Yang Menggaji Pekerja Tempatan Dalam Tempoh Sukar
28 Zulkaedah 1443 H
Pihak kerajaan ataupun swasta digesa mengutamakan projek projek yang menggunakan sumber tempatan bagi menangani kejatuhan nilai ringgit yang berlaku ketika ini. Ini termasuklah mengutamakan projek projek yang menggaji pekerja tempatan di mana pendapatan penggajian mereka tidak akan dibawa keluar negara dan ianya pula bakal memberi pendapatan kepada kerajaan dalam bentuk pembayaran cukai pekerja tempatan.
Jika ianya dapat diberi keutamaan, maka ianya diyakini dapat membantu dalam menstabilkan nilai matawang ringgit dalam jangka masa terdekat ataupun dalam jangkamasa yang panjang. Lebih lebih lagi , jika input pengeluaran berasaskan tempatan, manakala hasil yang diterima pula dalam bentuk ekport negara, maka ianya akan meningkatkan permintaan terhadap matawang ringgit. Justeru itu, semua pihak digesa untuk mempertimbangkan cadangan ini dalam pengurusan ekonomi negara. Projek projek yang memerlukan sumber asing boleh diteruskan semula apabila nilai matawang ringgit kembali stabil.
Wallahualam
Bancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8043254537220386328.post-68165439186953373012022-06-15T13:19:00.004+08:002022-06-28T23:32:59.901+08:00Perlu Ada Usaha Untuk Stabilkan Nilai Matawang Ringgit
15 Zulkaedah 1443H
Kerajaan dan pakar pakar kewangan serta ekonomi disarankan agar memikirkan bagaimana untuk menstabilkan nilai matawang ringgit berbanding dengan hanya membiarkan sahaja dengan memberikan komen atau kenyataan umum antaranya seperti" Ringgit dijangka pulih", " Biarkan pasaran yang menentukan nilai matawang ringgit" dan sebagainya yang boleeh dilihat sebagai kenyataan pasrah dan tidak ingin berusaha.Sebaliknya, usaha usaha tertentu boleh dan perlu dilakukan seperti dengan mengadakan kempen membeli barangan tempatan, meningkatkan nilai eksport serta mengurangkan import, menarik balik pelaburan di luar negara sebagai salah satu pengambilan untung atas pelaburan, " Jom cuti di Malaysia" dan sebagainya.
Jika tidak bersetuju dengan kaedah penetapan matawang sebelum ini, kita perlu tampil dengan idea idea yang baru serta praktikal bagi menangani isu penurunan matawang ringgit berbanding dengan matawang negara lain. Isu ini tidak boleh dibiarkan berterusan tanpa adanya sebarang usaha untuk menanganinya kerana ianya dikhuatiri akan memberi kesan yang buruk dalam jangka masa yang panjang, seperti kenaikan inflasi dan sebagainya.
Wallahualam
Bancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8043254537220386328.post-13964015948803352932022-03-07T23:41:00.000+08:002022-03-07T23:41:16.708+08:00KWSP Bayar Dividen Lebih Tinggi
Pengerusi KWSP Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, “Alhamdulillah, KWSP telah berjaya kekal stabil dan berdaya tahan untuk tahun 2021, sebahagiannya adalah kerana mempunyai kedudukan portfolio yang kukuh dan pelaburan yang pelbagai di peringkat global.
Baca selanjutnya di laman web: KWSP
Bancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8043254537220386328.post-86866588488236972552022-03-07T23:24:00.000+08:002022-03-07T23:24:04.577+08:00Perangi Najis Rasuah
7 Syaaban 1443
Rakyat Malaysia seharusnya berhabis habisan membenci dan menolak amalan rasuah di semua peringkat. Budaya rasuah seharusnya dilihat sebagai sesuatu yang jijik seperti mana kita melihat najis. Jika dadah kita boleh menamakan najis dadah, maka rasuah juga perlu dinamakan sebagai najis rasuah.
Apa yang boleh dilakukan oleh kita semua bagi mengurangkan budaya rasuah adalah dengan menolak individu-individu yang terbabit dengan gejala rasuah daripada memegang apa jua jawatan di semua peringkat sama ada di sektor awam mahupun swasta.Ini juga termasuklah juga mereka yang berada di peringkat pembuat dasar seprti ahli politik dan sebagainya. Jika ini dapat dilakukan, tidak mustahil najis rasuah ini akan dapat ditangani dengan lebih berkesan.
Wallahualam
Bancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8043254537220386328.post-43196572169868046052021-06-08T13:02:00.003+08:002021-06-08T13:02:34.925+08:00Jual Lesen Spektrum 5G Untuk Biaya Vaksin Covid 19 Negara
27 Syawal 1442
Kerajaan digesa untuk mempertimbangkan penjualan lesen atau spektrum sellular generasi ke lima atau 5G bagi membiayai dana untuk pembelian vaksin covid 19, jika masalah kewangan menjadi punca kelewatan atau perlahannya proses pembelian vaksin berkenaan setakat ini.Penulis yakin dan percaya, syarikat telekomunikasi yang ada di negara ini amat berminat untuk mendapatkan spektrum berkenaan secara individu atau bersaman antara mereka.Kerajaan sebaliknya perlu menilai semula monopoli syarikat kerajaan yang baru ditubuhkan dalam penyediaan teknologi berkenaan(5G), kerana setakat ini kita melihat kerajaan seolah olah mempunyai kekangan untuk membiayai syarikat berkenaan yang baru sahaja ditubuhkan itu baru baru ini.
Jika syarikat telco sedia ada diberikan peluang untuk membeli spektrum berkenaan, ianya bakal menarik pelabur asing atau dana dana swasta untuk melabur di dalam negara ini melalui syarikat telco sedia ada dan kerajaan dapat mengelakkan dari terus menjual atau memajak aset aset penting negara seperti saham GLC, tanah, serta hartanah yang lebih strategik kepada negara. Bayangkan kalau nilai satu lesen bernilai antara RM 1 hingga RM 1.5 billion ditawarkan, jika empat lesen ditawarkan untuk dijual, sekurang kurangnya RM 4 hingga RM 6 billion akan diperolehi oleh kerajaan, dan ianya dilihat agak cukup untuk membiayai vaksin covid 19 setakat ini. Jika di Perancis, ianya dijual pada harga USD 2..4 billion setiap satu iaitu sekitar RM 10 billion lebih. Anda boleh boleh rujuk artikel di sini untuk pembacaan lanjut.
Lebih lebih lagi, syarikat syarikat telco sedia ada sudah mempunyai kemudahan seperti pencawang, laluan manhole , fiber , kepakaran yang mana sebahagian daripada kos untuk penyediaan 5G dapat diserap terus . Lupakan seketika isu pengalirawan wang keluar disebabkan banyak penyedia perkhidmatan terpaksa mengimport peralatan dari luar sebaliknya, syarat yang boleh kerajaan tetapkan ialah penyedia teknologi berkenaan perlulah mengeluarkan beberapa komponen di dalam negara dan berlakunya pemindahan teknologi masuk ke sini.
Kaedah ini didapati lebih selamat daripada penjualan harta tadi atau percukaian, kerana rakyat cuma akan membayar harga servis yang ditawarkan oleh pihak telco.Justeru itu, diharapkan agar kerajaan dapat menimbang saranan ini untuk negara keluar daripada kemelut covid 19 yang sedang melanda negara dengan seberapa segera. Saranan ini nampak kecil, tetapi penulis yakin ianya tidak rugi untuk dipertimbangkan.
Wallahualam
Bancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8043254537220386328.post-8604009825802358682021-04-29T10:43:00.000+08:002021-04-29T10:48:40.649+08:00Balik Kepada Kaedah Asal Dalam Uruskan Ekonomi17 Ramadan 1442
Kerajaan digesa balik kepada kaedah asal dalam menguruskan ekonomi, iaitu dengan mempercepatkan pergerakan wang dalam ekosistem ekonomi sedia ada.Salah satu cara ialah dengan menggalakkan rakyat berbelanja di dalam negara. Semakin pantas pergerakan atau wang bertukar tangan , maka akan semakin rancaklah pergerakan kitaran ekonomi di sesebuah negara.Teori ini sering digunapakai oleh Tun Mahathir ketika di era pentadbiran beliau.
Walaupun ianya agak sukar dilaksanakan di era wabak covid 19 yang sedang melanda, kaedah mempercepatkan wang bertukar tangan ini masih boleh direliasasikan dengan menggunakan platform digital. Kerajaan juga digesa agar terus menyuntik kecairan didalam sistem ekonomi, iaitu dengan menerusi syarikat berkaitan kerajaan(GLC) , menerusi perlaksanaan pelaburan dalam sektor kesihatan, pemakanan, pertanian, komunikasi dan lain lain , yang mana ianya boleh dimanfaatkan pada tempoh pandemik covid 19 ini. Syarikat syarikat ini juga boleh diarahkan mengambil graduan menganggur atau golongan yang hilang pekerjaan sebagai pekerja kontrak atau " intern" dalam tempoh yang lebih panjang hinggalah masalah sedia ada kembali stabil.Insentif cukai jangka panjang boleh diberkan kepada GLC GLC berkenaan.
Kerajaan juga boleh membina pusat pusat kesihatan baru dan mengambil lebih pekerja dalam sektor kesihatan bagi menangani isu kesihatan semasa.Jika ini dapat lakukan, kita yakin ianya akan dapat mengurangkan kesan negatif pandemik covid 19 yang masih melanda negara.
Wallahualam
Bancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8043254537220386328.post-305660331490469982021-04-25T13:19:00.001+08:002021-04-25T13:19:49.004+08:00Rakyat Perlu Kurangkan Harapan Kepada Kerajaan Dalam Uruskan Ekonomi
13 Ramadhan 1442
Rakyat disaran menghentikan pengharapan kepada kerajaan semasa dalam menguruskan hal ekonomi, sebaliknya bekerja keras dalam memajukan diri. Ini berikutan pelbagai kelemahan yang timbul pada masa sekarang ini berikutan timbulnya tekanan akibat pandemik covid 19. Pelbagai polemik yang timbul diperingkat dasar dan penguatkuasaan yang menguji kesabaran rakyat sama ada dari segi aspek ekonomi, mahupun social.
Tiada hala tuju yang jelas yang boleh dilihat setakat ini untuk kurangkan kadar pengangguran, malahan lebih banyak syarikat besar mula dilihat menutup operasi atau mengurangkan skala operasi mereka. Justeru itu, rakyat perlu bersedia meneroka bidang bidang baru atau sedia ada yang boleh menjana pendapan sendiri tanpa bergantung kepada kerajaan sekarang. Sampai masanya nanti, rakyat boleh memilih semula pemimpin pemimpin lain yang lebih diyakini untuk memimpin rakyat untuk/ke tahap yang lebih baik.
Wallahualam
Bancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8043254537220386328.post-58566099239801169002021-02-13T16:15:00.002+08:002021-02-13T16:15:06.982+08:00Utamakan Industri Setempat Semasa PKP
1 Rejab 1442
Rakyat Malaysia digesa untuk mengutamakan industri setempat dalam tempoh pergerakan yang dihadkan bagi merangsang industri setempat.Ini termasuklah berbelanja terhadap barang keperluan asas, makanan dan sebagainya. Ini secara tidak langsung membantu para usahawan baru yang menceburi bidang perniagaan disebabkan kehilangan pekerjaan dan sebagainya.
Pergerakan atau pertukaran matawang yang cepat di dalam sesuatu kawasan akan membantu pertumbuhan ekonomi, di mana rakyat dilihat berbelanja dikawasan berkenaan. Tiada guna jika rakyat mempunyai wang, tetapi tidak berbelanja dengan sebetulnya, ataupun hanya menyimpan dibawah bantal. Ianya mungkin baik untuk peribadi tetapi tidak akan menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi . Dengan berbelanja kepada perkara yang betul, ianya akan membuka ruang dan peluang perniagaan dan bakal mencipta peluang pekerjaan di kawasan setempat.
Wallahualam
Bancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-8043254537220386328.post-49747044837994067852021-02-12T16:45:00.001+08:002021-02-12T16:45:08.135+08:00Perubahan Kepimpinan KWSP Seharusnya Tidak Melewatkan Pengisytiharan Dividen
30 Rabiul Akhir 1442
Kita melihat dengan penuh serius perubahan kepimpinan KWSP seperti yang telah diumumkan baru baru ini. Walaupun ianya amalan biasa, kita harapkan pengumuman bagi pembayaran dividen bagi tahun 2021 tidal akan dilewatkan disebabkan perkembangan terkini yang berlaku di organisasi berkenaan.
Diharapkan ahli ahli tidak menerima kesan yang negatif terhadap apa jua perubahan yang ingin dilakukan. Wallahualam
Bancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8043254537220386328.post-38828273023743081452019-12-18T13:48:00.000+08:002019-12-18T13:48:51.311+08:00KWSP Catat Pendapatan RM13.5 Billion Suku Ke Tiga 201921 Rabiul Akhir 1441H
Pada 13 Disember 2019 yang lepas, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melaporkan bahawa badan tersebut merekodkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM13.50 bilion untuk suku tahun ketiga yang berakhir pada 30 September 2019 (S3 2019) berikutan pasaran yang semakin tidak menentu sejak tahun 2018.
Menurut kenyataan dikeluarkan,Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) KWSP Dato' Mohamad Nasir Ab Latif menjelaskan bahawa portfolio ekuiti domestik KWSP menerima kesan akibat pertumbuhan pendapatan yang lemah dalam pasaran ekuiti domestik yang seterusnya menyaksikan pasaran saham Malaysia menurun sebanyak 5.3%. Untuk S3 2019, portfolio tersebut mencatatkan pendapatan sebanyak RM2.57 bilion.
Untuk berita lanjut : KWSP
Bancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-8043254537220386328.post-51193128473387308022019-12-15T10:20:00.000+08:002019-12-15T10:20:03.183+08:00Rakyat Malaysia Perlu Celik Kewangan18 Rabiul Akhir 1441H
Rakyat Malaysia disarankan agar meningkatkan kecelikan diri terhadap pengetahuan kewangan agar mereka tidak mudah ditipu. Risiko ditipu pada zaman kini boleh datang dari pelbagai sudut, antaranya:
1. Urusan jual beli
2. Perkongsian perniagaan
3. Penipuan dalam talian
4.Scammer
5.Pelaburan
6.Ahli ahli politik dan jentera jentera propaganda
7.Dan banyak lagi..
Yang memeningkan sekali ialah risiko penipuan daripada ahli ahli politik yang dilihat hendak mempertahankan pemimpin pemimpin mereka.Ada antara isu isu yang secara logiknya kita nampak tak betul, tetapi mereka dengan muka sardin dan dengan yakin tetap mengatakan bahawa mereka tetap dipihak yang benar.Ini berlainan dengan ahli ahli politik di beberapa buah negara maju yang terus meletakkan jawatan dan bersara jika terpalit dengan sebarang isu yang memalukan, terutama dalam bab kewangan.
Justeru itu, untuk membolehkan kita membuat keputusan yang baik, perlulah kita semua berilmu dan tidak mudah tertipu.Jika ramai yang tertipu, kita bimbang, yang tertipu akan pula menipu pihak yang lain pula untuk meneruskan kehidupan mereka.
WallahualamBancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-8043254537220386328.post-11677118445201632222019-12-04T13:13:00.000+08:002019-12-04T13:14:05.873+08:00TM Bersedia Melancarkan Pembinaan Rangkaian 5G "Stand Alone" Pertama Di Malaysia7 Rabiul Akhir 1441
TM kini bersedia untuk percubaan membina rangkaian Generasi Ke 5 menerusi kaedah "Stand Alone(SA)" , bagi teknologi selular di langkawi. Menurut sumber yang boleh dipercayai, pulau berkenaan kini dipersiapkan untuk menjadi bandar pintar berdasarkan teknologi berkenaan.Ini berbanding dengan kaedah "Non-stand Alone(NSA)" yang menggunakan teknologi 4G sebagai "anchor" yang memungkinkan kecepatan perlaksanaan 5G tetapi , kaedah ini difahamkan tidak dapat mengoptimumkan potensi pengalaman teknologi 5G.
Menerusi kaedah ini(SA), ianya bakal membolehkan TM untuk membangunkan dan mempamerkan perkhidmatan dan rangkaian 5G secara sepenuhnya di Langkawi. Justeru itu, ini bakal merintis peluang bagi operator-operator perkhidmatan komunikasi yang lain untuk menggunakan rangkaian TM pada masa akan datang.
WallahualamBancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com19tag:blogger.com,1999:blog-8043254537220386328.post-65878715562207874542019-05-26T07:13:00.000+08:002019-05-26T07:13:39.968+08:00Cara Mengoptimakan Pembelian Petrol21 Ramadhan 1440
Anda mungkin seringkali mengetuk nozel pam di stesen minyak bagi mendapatkan titisan petrol terakhir semasa mengisi minyak.Ianya dibuat dengan harapan agar anda betul betul mengoptimakan pengisian petrol anda.Cara ini sebenarnya ada risiko tersendiri kerana ketukan nozel boleh menyebabkan percikan api jika tidak dilakukan secara berhati hati.
Namun begitu, sebenarnya ada cara lain yang lebih praktikal. Antaranya:
1.Pengisian petrol perlulah dibuat pada waktu awal pagi atau semasa cuaca sejuk atau semasa hujan.Pada masa ini, permeluapan semasa mengepam petrol dapat dikurangkan. Ada pendapat atau kajian yang mengatakan bahawa anda mungkin kehilangan 1 hingga 10 % pengisian petrol jika pengepaman dibuat semasa waktu cuaca panas. Apa yang masuk ke dalam tangki kenderaan anda nanti hanyalah gas semata mata.
2. Jangan mengepam dengan terlalu laju.Biarlah kita mengepam dalam kadar yang sederhana agar pengaliran petrol ke dalam tangki kenderaan berjalan lancar dan optima.
3. Jangan tergopoh atau leka ketika mengepam bagi mengelakkan terlebih pam hingga menyebabkan tumpahan petrol.Ini disebabkan kadangkala ada petrol pam yang mengalami kerosakan sensor dan fungsi pemberhentian secara auto ketika penuh tidak dapat berfungsi.
Jika perkara di atas dapat kita amalkan, walaupun nampak kecil, ianya bakal memberi impak besar dalam jangka masa panjang dalam menguruskan kos sara hidup kita seharian.
Wallahualam
Bancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-8043254537220386328.post-14227494855610292022019-05-25T15:31:00.000+08:002019-05-25T15:31:27.471+08:00Elakkan Penipuan Dalam Talian20 Ramadan 1440
Masyarakat diminta berhati hati dalam menerima sebarang panggilan telefon atau email yang menyatakan bahawa mereka mempunyai kes mahkamah atau memenangi peraduan yang hadiahnya terlalu lumayan. Rata rata panggilan dan email ini adalah suatu penipuan.
Sifat mudah melatah atau tamak perlulah dikawal jika menghadapi situasi seperti ini.Secara logiknya, mana ada kes kes mahkamah yang boleh diselesaikan dengan panggilan telefon dan mana ada syarikat syarikat atau individu yang bermurah hati hendak memberi hadiah hingga berbilon dollar nilainya. Ironinya , kes penipuan seperti ini turut menyumbang kepada terjejasnya kualiti hidup sesuatu masyarakat
Disamping kita berharap agar pihak berkuasa bertindak menjejaki penipu, masyarakat juga perlu berpengatahuan dalam mengelakkan diri daripada terpedaya dengan sebarang bentuk penipuan.
WallahualamBancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-8043254537220386328.post-38897659218515779252019-05-24T18:25:00.003+08:002019-05-24T18:25:51.100+08:00Syarikat Tersenarai Perlu Lebih Bermurah Membayar Dividen19 Ramadan 1440
Syarikat syarikat yang tersenarai di bursa saham perlu lebih bersikap bermurah dengan mengisytiharkan dividen kepada para pemegang saham jika syarikat masih membuat untung. Dividen perlulah dibayar walaupun dalam jumlah yang sedikit bagi mengiktiraf hak para pemegang saham sebagai rakan perniagaan mereka.
Dalam keadaan pasaran saham yang tak menentu sekarang, ada dikalangan para pemegang saham yang sedang mengalami kerugian rosot nilai dalam portfolio pegangan saham mereka. Dengan adanya pembayaran sebegini, setidak tidaknya ianya dapat mengubati hati para pemegang saham.
Wallahualam
Bancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com11tag:blogger.com,1999:blog-8043254537220386328.post-75893004236962564992019-05-22T10:10:00.001+08:002019-05-22T10:10:31.448+08:00SKMM Keluarkan Garis Panduan M&A17 Ramadan 1440
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia(SKMM), telah mengeluarkan garis panduan berhubung Penggabungan & Percantuman (M&A) bagi syarikat syarikat telekomunikasi yang beroperasi di Malaysia.Dokumen yang telah dikeluarkan bertarikh 17 May 2019 itu, dihasilkan rentetan cadangan penggabungan mega dua syarikat telekomunikasi di asia dan Malaysia iaitu Axiata dan DiGi.
Antara tujuan garis panduan ini ialah magi memastikan iklim persaingan yang adil terus terpelihara di samping pada masa yang sama kedua dua entiti korporat berkenaan dapat melaksanakan strategi korporat mereka.Dokumen berkenaan boleh diakses di laman web SKMM di www.skmm.gov.my atau www.mcmc.gov.my.Bancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8043254537220386328.post-43317741391305349422019-05-22T09:45:00.000+08:002019-05-22T09:45:11.832+08:00Sekarang Masa Terbaik Membeli Saham?17 Ramadhan 1440
Persoalan yang sering berlegar di fikiran para pelabur, bilakah masa yang paling baik untuk membeli saham.Jawapan yang mudah ialah, apabila harga sesuatu saham yang diikuti itu sedang berada dalam aliran penurunan.Namun begitu ianya diikuti dengan syarat bahawa kedudukan kewangan syarikat berkenaan mestilah masih berada dalam keadaan yang positif.
Jika dilihat dalam keadaan pasaran saham sekarang, banyak syarikat yang mana harga sahamnya sedang berada dalam keadaan harganya yang agak berpatutan yang dahulunya agak mustahil bagi pelabur biasa untuk memilikinya.Jika sesiapa yang ada wang yang lebih, anda mungkin boleh mencuba mengumpul saham saham ini dan menimbang atau berkira akan potensi kenaikan harga dan keuntungan di masa yang akan datang.
WallahualamBancikhttp://www.blogger.com/profile/08533482335413154220noreply@blogger.com1