Bursa Malaysia

top_rightads

Sunday, March 3, 2024

KWSP: Dividen Simpanan Syariah 2023 Merekodkan Kadar Pertumbuhan Yang Tinggi 13.68% Berbanding Tahun 2022 Dan Simpanan Konvensional

 22 Syaaban 1445

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Malaysia(KWSP) terkini sebentar tadi telah mengumumkan kadar dividen bagi tahun kewangan 2023 lebih baik yang mana 5.5% bagi simpanan konvensional, manakala 5.4 % bagi akaun simpanan syariah.  Ini adalah kadar yang lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya iaitu 5.35 % bagi simpanan konvensional , manakala 4.75% bagi akaun simpanan syariah.

Prestasi kali ini menunjukkan akaun simpanan syariah semakin merekodkan dividen yang hampir sama dengan simpanan konvensional.Kadar pertumbuhan dividen akaun simpanan syariah merekodkan kadar yang lebih tinggi iaitu perbandingan dari 4.75% kepada 5.4%, iaitu 13.68%. Ianya amat ketara berbanding 2.80% kadar  pertumbuhan bagi simpanan konvensional daripada 5.35 % kepada 5.5%.

Jika umat islam atau para pencarum beramai ramai menukarkan ke simpanan syariah, tidak mustahil prestasi dividen simpanan syariah pada masa akan datang bakal merekodkan prestasi yang lebih baik berbanding simpanan konvensional.

Wallahualam


Nota:Untuk rujukan atau maklumat lanjut sila rujuk pengumuman rasmi daripada pihak KWSP

Thursday, February 29, 2024

Masalah Scam Dan Penipuan : Antara Penyumbang Kenaikan Kos Sara Hidup

 20 Syaaban 1445

Kegiatan penipuan yang semakin berleluasa pada masa ini perlu dilihat sebagai penyumbang kenaikan kos sara hidup yang melanda rakyat di negara ini. Ini kerana, setiap ringgit yang hilang atau ditipu, akan menyebabkan kerugian kepada seseorang individu dan ianya menjadi kos yang terpaksa ditanggung. Lebih malang lagi, bagi menampung kehilangan tersebut, mangsa terpaksa mencari sumber baru bagi menggantikan wang yang hilang dan antara langkah yang boleh diambil ialah dengan membuat pinjaman daripada pihak bank atau yang berkenaan.

Justeru itu, dengan membuat pinjaman, ianya akan memberi kos tambahan kepada mangsa bagi meneruskan aktiviti harian atau bagi meneruskan kehidupan seterusnya. Oleh yang demikian, pihak berkuasa atau yang berkepentingan perlulah lebih agresif bagi menangani masalah scam yang semakin berleluasa pada masa sekarang ini. Ini bagi memastikan kualiti kehidupan rakyat di negara ini akan terus terjamin.


Wallahualam

Monday, February 26, 2024

KWSP: Pencarum Mengharapkan Dividen Yang Lebih Tinggi Untuk Tahun 2023

 16 Syaaban 1445

Pencarum buat masa kini amat tertunggu tunggu akan pengumuman agihan dividen KWSP bagi tahun kewangan 2023. Ini adalah kerana prestasi kewangan pada sembilan bulan pertama tahun lepas bagi agensi pelaburan berkenaan adalah dilihat amat memberangsangkan seperti mana yang telah diumumkan di media massa. Rata rata mengharapkan kadar agihan yang lebih tinggi berbanding tahun 2022 sebelumnya.

Justeru itu, sebagai pencarum, kita amat berharap, tiada kejutan negatif bagi tiga bulan terakhir bagi membolehkan kadar agihan yang bakal diumumkan adalah seperti dalam jangkaan. Penulis bangkitkan hal ini disebabkan adanya laporan terkini daripada beberapa pakar ekonomi bahawa kadar dividen dijangka rendah daripada tahun sebelumnya. Namun begitu, kita doakan yang baik baik sahaja hendakNya.


Wallahualam

Kejatuhan Nilai Ringgit: Kerajaan Perlu Bersedia Mendengar Pendapat Rakyat

 16 Syaaban 1445

Kerajaan Malaysia disaran untuk mendengar dengan serius pendapat dan keluhan rakyat dalam menghadapi situasi kejatuhan matawang ringgit yang terus berlaku sehingga kini. Para menteri harus berlapang dada dengan menerima hakikat bahawa tiada siapa lagi yang  boleh mendabik dada bahawa hanya formula mereka sahaja yang paling sesuai untuk menyelesaikan masalah kejatuhan ringgit.

Ini adalah kerana semakin ramai rakyat makin celik ekonomi, dan mereka tidak sanggup melihat masalah ini berterusan, kerana ianya akan terus menjejaskan ekosistem ekonomi negara. Lebih membimbangkan, harga komoditi tidak juga meningkat walaupun nilai matawang semakin lemah, di mana pertumbuhan eksport dilihat kurang memberangsangkan.

Saya yakin dan percaya, rakyat pun tak lagi berminat melihat perubahan pucuk pimpinan negara, tetapi mereka mengharapkan usaha serius pihak yang diberikan amanah untuk menyelesaikan setiap masalah yang timbul di negara yang tercinta ini.

Wallahualam.

Monday, March 13, 2023

Guna Simpanan KWSP Cagar Hutang : Ibarat Gali Lubang Tutup Lubang

 20 Syaaban 1444

Cadangan untuk membenarkan simpanan KWSP digunakan sebagai cagaran untuk membuat hutang, perlu dikaji dengan lebih teliti. Ianya agak tidak masuk akal sekiranya ianya dibenarkan di ketika kadar faedah yang semakin naik, sedangkan pulangan dividen tahunan KWSP dilihat semakin menurun.

Jika langkah ini tidak dibuat secara berhati hati, ianya akan menimbulkan suasana yang kurang baik terhadap kehidupan para pencarum. Ianya mungkin akan dilihat keadaan di mana ibarat gali lubang tutup lubang. Sampai bila isu tersebut tidak akan selesai.


Wallahualam


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...